Gaya Hidup Terkini

Raikan Raya dan menang hadiah Proton X50 dalam kempen RR Beli & Menang

Kuala Lumpur – Seperti yang dinantikan peminat jenama terkenal negara ini, pereka duo Rizman Ruzaini kini muncul dengan koleksi RR Raya 2023. Memilih slogan, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, untuk tahun ini hampir 100 helaian dilancarkan dengan rekaan bervariasi bagi meraikan setiap pemakainya pada Aidilfitri nanti.

 Menampilkan koleksi ‘Ready-To-Wear’ dan juga ‘Made-To-Measure’ , selepas hampir 20 tahun berada dalam bidang ini fokusnya kini hanya satu iaitu untuk memastikan setiap golongan di negara ini berpeluang untuk menggayakan jenama kebanggaanya ini.

Menariknya, lebih RM300,000 diperuntukkan jenama fesyen lokal terkenal ini, Rizman Ruzaini turut memperkenalkan kempen RR Beli dan Menang yang berlangsung dari 18 Mac sehingga 18 Mei 2023 bersempena perlancaran Koleksi RR Raya 2023.

Dengan tagline, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, mereka sememangnya mahu pelanggan setia RR yang digelar RR Royalties menikmati suasana Aidilfitri yang mengujakan.

“Bukan sekadar mahu RR Royalties beraya dengan rekaan RizmanRuzaini, malah kami juga mahu meraikan mereka di Hari Raya ini dengan penghargaan berupa hadiah istimewa sebagai tanda terima kasih kami atas sokongan RR Royalties sehingga membolehkan jenama ini bertahan selama lebih 17 tahun dalam industri,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, RizmanNordin.

Tambahnya lagi, jenama Rizman Ruzaini sangat sinonim dengan baju raya. Inilah antara faktor utama mengapa mereka memilih bulan Syawal untuk menawarkan hadiah-hadiah menarik ini.

“Bukan soal harga hadiah tapi ia tentang nilai menghargai dan berkongsi yang menjadi identiti syarikat kami sendiri,” katanya.

Menawarkan hadiah lumayan, antaranya sebuah kereta Proton X50sebagai Hadiah Utama. Lebih menarik lagi, kereta ini akan mendapat pengubahsuaian (custome made) hasil sentuhan Rizman Ruzaini sendiri. Pemenang akan menjadi satu-satunya individu di dunia yang memiliki kereta sentuhan Rizman Ruzaini secara eksklusif.

Selain Proton X50, kempen ini juga menawarkan hadiah-hadiah hebat lain seperti Vespa yang juga akan mendapat pengubahsuaian khas dari Rizman Ruzaini untuk Hadiah Kedua, bagi Hadiah Ketiga, sebuah iPad Pro dan iPhone 14 untuk Hadiah Keempat. Manakala untuk Hadiah Kelima pula, sebuah Apple Watch bakal dimenangi dan lima hadiah saguhati berupa baucar tunai bernilai RM1000 untuk pembelian barangan RR.

Para pemenang akan diumum secara rasminya pada 20 Mei bersamaan 30 Syawal iaitu hari terakhir sambutan Aidilfitri. Sesi penyerahan hadiah akan dibuat pada majlis Rumah Terbuka RR.

Bagaimana cara untuk menyertai Kempen RR Beli dan Menang?

Teruja untuk menyertai kempen ini?

Mudah sahaja! RR Royalties hanya perlu membuat pembelian koleksi RR Raya 2023 sebanyak minimum RM500 dalam satu resit dan simpan resit sebagai bukti pembelian. Pembelian boleh dibuat di semua platform Rizman Ruzaini.

Kemudian, anda perlu memuat naik gambar, video atau reels dengan menggayakan koleksi yang dibeli itu di platform Instagram bersama sambungan kapsyen, ”Saya memilih untuk Raikan Raya saya Bersama Rizman Ruzaini kerana……” bersama hashtag #RRBELIDANMENANG dan #RRRAYA2023.

Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar, video atau reels yang kreatif dan sambungan kapsyen yang menarik. Rizman Ruzaini mengalu-alukan seberapa banyak penyertaan anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: