Puncak Alam – Inisiatif MENU RAHMAH merupakan usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.
Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar yang kini telah dibuka secara rasminya di Bandar Hillpark, Puncak Alam memulakan operasi hari pertama mereka dengan melancarkan makanan menu rahmah bagi memberi peluang kepada orang ramai menikmati juadah dengan harga sangat minimum.

Dengan harga RM5.90 satu set, pelanggan akan dapat menikmati Set Nasi Kandar Ayam bersama air Sirap. Hidangan untuk seorang itu, sangat berpatutan dan pelanggan boleh memilih bahagaian ayam yang diinginkan.
Menurut pemiliknya, Datuk Wan Noor Rizal Bin Ali , menu ini juga akan berubah seperti ditukarkan kepada ikan dan aneka lauk lain mengikut kesesuaian masa dan keperluan.
Bukan itu sahaja, pada minggu kedua Bulan Ramadan kelak, MM Bistro Penang Nasi Kandar akan menyediakan sebanyak 1000 bungkus Bubur Lambuk untuk diberikan secara percuma kepada pelanggan restoran mereka dan mereka yang ingin dapatkannya.


Selain Nasi Kandar mereka yang istimewa, antara menu lain yang harus dicuba oleh para pelanggan adalah aneka jenis roti seperti roti canai panas, aneka masakan panas dan Teh Tarik Komtar.
Bersesuaian dengan lokasi restoran yang terletak berhampiran dengan pusat pendidikan UiTM dan kawasan penduduk yang purata pendapatan mereka dari kelas pertengahan dan kebawah, restoran ini sangat berpatutan menjadi pilihan untuk menjamu selera seperti restoran mamak yang lain.

Ditanya mengenai ramuan nasi kandar dan menu di restoran, Datuk Wan Noor Rizal menambah teh tarik mereka mengunakan serbuk teh istimewa yang dicampur dan dibawa khas dari Penang. Nasi Dalca juga menjadi kelaianan yang bawakan di restoran MM Bistro Penang. Paling penting roti canai terbang MM Bistro Penang serta roti canai dari pelbagai negara dunia akan disajikan selain dari itu rempah ratus yang di guna juga adalah dibawa khas dari Penang. MM Bistro Penang juga mengekalkan konsep mamak Penang dan mempromosikan budaya restoran mamak muslim yang sebenar.
Bercakap mengenai perancangan masa depan, Datuk Wan Noor Rizal berkata beliau ingin menyasarkan 20 cawangan baru akan dibuka dalam tempoh 6 bulan kehadapan dan akan tertumpu di Lembah Klang terlebih dahulu serta kami juga akan menambahkan pilihan menu rahmah bagi memberi pilihan kepada pelangan kami.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Dato’ Mohamad Yaacob Bin Dato’ Ismail bersama Tuan Haji Yunus Bin Tasim,
Turut jadir, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YB Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup dan dif-dif kehormat lain.