Gaya Hidup

Starvilion gegar kempen jualan raya dengan Koleksi ‘Laskar Raya 2023’

Ampang – Starvilion kembali menghangatkan dunia fesyen tanah air dengan menampilkan koleksi baharu sempena hari raya Aidilfitri 2023.

Dengan merealisasikan tema ‘Starvilion Laskar Raya 2023’ dan hashtag ‘sama sama kita raya’, ia sebuah cetusan berteras kasih sayang, empati dan nikmat berkongsi.

Selepas 6 tahun menelusuri industri fesyen, tahun ini Starvilion ingin memberi kembali kepada pelanggan dan komuniti yang telah banyak menyokong keberadaan mereka dalam industri fesyen.

Dalam memastikan orang ramai dapat menyambut hari raya tanpa mengira latar belakang dan taraf hidup, program bersifat amal ini turut mendapat sokongan dari rakan pertubuhan amal; iaitu Selangor Youth Community (SAY), Yayasan Qyyum dan KLOTH Cares Malaysia. 

Demi merealisasikan program ini, Starvilion menzahirkan lima perkara antaranya; para pelanggan boleh membeli sambil menderma bagi golongan komuniti yang memerlukan, melancarkan kotak kitar semula dimana pelanggan boleh menderma pakaian atau kelengkapan persiapan raya seperti pakaian, kasut, songkok, beg, langsir dan sebagainya. Lokasi kotak diletakkan di setiap cawangam Starvilion di Shah Alam, Bangi, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Selain itu, Starvilion juga menjalankan program infak dengan menyediakan 10,000 pasang baju raya untuk diedarkan kepada komuniti memerlukan.

Platform ini juga memberi kemudahan But Now, Pay Later (BNPL) tanpa sebarang yuran atau faedah bulanan. Starvilion juga menyediakan pembayaran melalui GrabPay, yang mampu kurangkan beban buat mereka yang mempunyai tanggungan yang besar membuat persedian raya buat keluarga tersayang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Starvilion, Ajwad Nasir Khan, dua selebriti ternama, Datuk Ady Putra dan Nora Danish telah dilantik menjadi Duta Jenama bermula tahun ini sehingga 2025.

Dengan menampilkan koleksi Laskar Raya 2023, hadir dengan 3 rekaan Baju Melayu, iaitu potongan slim-fit, relaxed-fit dan teluk belanga dengan lebih 80 pilihan warna.

Manakala koleksi wanita pula didatangkan dengan 16 rekaan utama dan lebih 120 rona warna dan corak. Kedua-dua koleksi lelaki dan wanita turut dilengkapi dengan saiz kanak-kanak.

Strategi perniagaan Starvilion tahun ini, Wak Doyok membuka peluang kepada pempengaruh popular dari platform media sosial Tik Tok yang mempunyai latar belakang perniagaan yang hebat; iaitu Mohamad Zafir bin Mohd Mahazir atau dikenali sebagai Zafirkaripap, MohammadKhaliltizam bin Yusri (Abg Tesla) dan Muhammad Khairul Shukri bin Wahiddin (Uci Luna).

Mereka diberi kepercayaan untuk membuka outlet di kawasan masing-masing seperti di Johor dan Pulau Pinang.

Bagi pelangga yang ingin mendapatkan koleksi hangat dari Starvilion, boleh dapatkan di outlet serata Malaysia dan secara online di website, www.thestarvilion.com dan platform media sosial, Tik Tok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: