PUTRAJAYA – Yayasan Rahmah Malaysia hari ini melancarkan Relawan Rahmah dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memperkasakan segala skim Payung Rahmah
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pertubuhan bukan kerajaan ini ditubuhkan beberapa pihak yang tertarik dengan kejayaan Payung Rahmah menangani isu kos sara hidup rakyat.
Jelasnya, yayasan itu diyakini mampu berfungsi selaras dengan terma penubuhannya yang ditetapkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
“KPDN tetap akan memantau dengan rapi termaduk audit kewangan yayasan ini agar tidak lari daripada matlamat penubuhannya yang sebenar,” katanya.
Tambahnya, Yayasan Rahmah Malaysia itu diwujudkan pada 22 Mac lalu dengan idea asalnya mula dicetuskan Salahuddin sendiri dengan terlibat dalam pengagihan pelbagai bantuan kepada masyarakat khususnya golongan berpendapatan B40 tanpa mengira bangsa dan latar belakang diri.
“Yayasan ini juga menjadi rakan strategik penting KPDN yang mengurus selia dana diamanahkan daripada sumber awam dan swasta untuk pelbagai aktiviti kebajikan” jelasnya ketika ditemui pada majlis iftar Ramadan kementerian.