Terkini

MAIWP, Prihatin santuni 2,000 asnaf Perumahan Seri Kota

Cheras – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) dengan kerjasama Pertubuhan Indah Ampang Selangor (PERHIAS) menyantuni 2,000 golongan asnaf pelbagai kategori melalui program Kembara Ramadan MAIWP.

Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, berkata, program Penutup Kembara Ramadan MAIWP itu adalah salah satu inisiatif yang dianjurkan Perhias dan Prihatin melalui pembiayaan MAIWP untuk memberikan kegembiraan kepada masyarakat dan golongan kurang bernasib baik.

“Ini merupakan peruntukan yang besar sempena Ramadan dan Syawal. Kita telah siapkan RM77 juta untuk menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena Ramadan dan Syawal,” katanya kepada media pada Isnin.

“Kami memberikan sumbangan dalam bentuk baju raya, tunai dan hamper raya kepada lebih 500 orang yang terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar tahfiz, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan golongan asnaf, “katanya.

Pada masa sama, Mohd Daud menyeru lebih ramai umat Islam untuk melaksanakan tanggungjawab membayar zakat serta tampil memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Prihatin, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali menyatakan, pihaknya dan MAIWP menumpukan khusus buat golongan sasar melalui program tersebut yang bermula sejak 8 April lalu.

“Kami pergi betul-betul kepada golongan sasar seperti rumah anak yatim, rumah kebajikan orang tua dan OKU.

“Kami mencari ruang-ruang yang jarang ditemui dan kita tengok pangkalan data daripada MAIWP dan mana yang perlu disantuni,” ujarnya.

Kembara Ramadan MAIWP merupakan salah satu program hasil inisiatif yang dianjurkan PERHIAS dan Prihatin melalui pembiayaan MAIWP dalam menjalankan aktiviti sepanjang bulan Ramadan dengan cara menyantuni golongan B40 dan asnaf serta golongan yang kurang bernasib baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: