Gaya Hidup

Samsung Malaysia tingkatkan pengalaman foldable Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 dengan aplikasi lebih tersuai

Kuala Lumpur – Samsung Malaysia telah berkerjasama dengan organisasi terkemuka dan bakat muda dari universiti terpilih untuk bersama-sama membuka kemungkinan baharu pada Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip, dan UI/UX pada peranti foldable utama.

Kerjasama ini sebagai komitmen untuk meningkatkan lagi pengalaman foldable bagi pengguna di Malaysia.

Antara rakan kerjasama terawal dalam inisiatif ini adalah AmBank, Family Mart, Maxis, Pay4U dan ZUS Coffee, memanfaatkan keupayaan platform Samsung dan Android untuk memperkayakan pengalaman pengguna pada aplikasi di Malaysia.

Semasa sesi perkongsian, bertemakan, ‘Reimagining Foldables for Malaysians’, rakan kerjasama Samsung telah mempamerkan pengoptimuman aplikasi mereka melalui penggunaan skrin paparan fleksibel dan lipatan berbilang sudut.

Dalam masa beberapa bulan akan datang, Samsung juga akan menerima lebih banyak rakan kongsi, termasuk Gigi Coffee, Golden Screen Cinemas, TV Cinemas dan Zapp.

Selain itu, Samsung juga menyasarkan untuk bekerjasama dengan universiti tempatan dalam hackathon, di mana pelajar universiti akan melontarkan idea mereka bagi aplikasi bagi peranti foldable.

Ini juga selaras dengan misi ESG Samsung untuk memperkasakan bakat muda Malaysia dan memberi insentif kepada mereka untuk mencipta arus baharu dalam dunia teknologi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: