IMG_20230804_230928_1

Kuching – Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2023 menjadi platform menghimpunkan 10 negara ASEAN melalui filem.

AIFFA telah menjadi platform luar biasa yang menghubungkan idea filem dan komuniti industri filem, memanfaatkan pasaran berpotensi besar yang ditawarkan oleh 600 juta penduduk ASEAN.

Pada Malam Gala AIFFA 2023 yang berlangsung malam tadi disini hari ini menyaksikan Malaysia merangkul lima anugerah pelbagai kategori.

Bintang veteran, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, 72, mengharumkan nama negara dengan membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi keberkesanan lakonan dalam filem Perjalanan Pertama.Ahmad Tarmimi mengetepikan Andrew Ramsay menerusi filem Ginhawa (Filipina), Tommy Alejandrino (The Baseball Player – Filipina), Huy Yaleng (Father’s – Kemboja) dan Amerul Affendi (Prebet Sapu – Malaysia).

Tampil kali pertama dalam naskhah kerjasama dua negara Malaysia-Indonesia membabitkan syarikat produksi tempatan, D Ayu Pictures dan Mahakarya Pictures, Ahmad Tarmimi diberi kepercayaan membawa watak Tan iaitu datuk kepada Yahya yang dilakonkan pelakon kanak-kanak Indonesia, Muzakki Ramdhan dalam filem arahan Arief Malinmudo itu.

Bagi anugerah seterusnya, Hasnul Rahmat berjaya menewaskan calon lain dalam kategoi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Seterusnya, filem Barbarian Invasion arahan Tan Chui Mui sekali lagi melakar sejarah apabila merangkul trofi Filem Terbaik pada tahun ini.

Bagi kategori Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat menyaksikan diberikan kepada pengarah filem tersohor, U-Wei Haji Saari.

Beliau dalam ucapan melahirkan rasa terujanya dan berkongsi kata nasihat ‘Hidup ini sementara, tetapi filem untuk selamanya’ dimana naskah filem terbaik adalah sesuatu yang segar bila-bila masa.

Selain itu, filem bergenre aksi yang menyelitkan elemen tradisional Melayu, Duan Nago Bogho terbitan Kalamarif Holdings Sdn Bhd dan diarahkan oleh Sabri Yunus merangkul trofi Anugerah Semangat Asean Spirit.

Anugerah AIFFA 2023 menyaksikan 17 kategori dipertandingkan meliputi semua aspek utama bidang kreatif dan teknikal penghasilan filem.

Barisan juri buat AIFFA 2023 adalah U-Wei Saari dan Effendee Mazlan dari Malaysia, Ihsan Nurullah Kabil (Turkiye), Viva Westi (Indonesia) dan Pham Thi Hong An (Vietnam).

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading