DSC05272

Kuala Lumpur – Sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan di Dubai, UAE yang kini mempunyai cawangannya di Malaysia.

ACIGOLD® dengan bangganya mengumumkan julung kalinya kerjasama dengan Pertubuhan Pendidikan Blockchain, Sabah Malaysia, sebuah aplikasi Audio Video ACI CHAT®.

Platform inovatif ini membolehkan pengguna bukan sahaja berhubung dengan keluarga dan
rakan tetapi juga memberikan peluang unik untuk menjana pendapatan sambil menikmati perbualan dalam aplikasi ACICHAT® kini tersedia versi Android dan iOS di Appstores masing masing.


ACIGOLD® juga menawarkan ekosistem pelbagai fungsi yang merangkumi sebuah lagi aplikasi Mesyuarat Langsung (Online Meeting) dalam talian ACI LIVE®, aplikasi mesyuarat ACI LIVE® membolehkan pengguna menjalankan mesyuarat, seminar dan persidangan dengan rakan sekerja dan pelanggan dari seluruh dunia.


Selain itu, aplikasi ini juga berfungsi mengurangkab kos perjalanan dan yang berkaitan.

Aplikasi tersedia pada versi Android dan iOS di Appstores.


Teknologi blockchain Web3 terbina memastikan semua interaksi dan transaksi pada platform ACIGOLD® adalah selamat dan telus.

Dengan menggunakan rangkaian, ACIGOLD® ia mampu menghapuskan keperluan untuk pengantara, membolehkan ekosistem yang lebih cekap dan kos efektif untuk penggunanya di seluruh dunia.


“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan ACIGOLD® kepada dunia,” kata Dato’ Sheikh Jamal, Pengasas dan Pengerusi ACIGOLD® (Alternate Commodities Index Worldwide). ”

Jelasnya lagi, matlamat mereka adalah untuk mencipta platform komprehensif yang membolehkan individu bukan sahaja berhubung dengan orang tersayang tetapi juga
meneroka platform baharu dalam dunia perniagaan.

Dengan ACIGOLD®, pengguna kini boleh mengubah minat mereka untuk berbual menjadi sumber pendapatan, perniagaan dalam talian dan membeli-belah secara lebih mudah.

Ia adalah situasi menang-menang untuk semua Pihak yang penguna terlibat” ujarnya lagi.


Tambahnya, Pasaran Beli-belah dalam talian juaga akan berada di aplikasi ACI STORE® tidak lama lagi akan tersedia dalam versi Android dan iOS di Appstores.

Dengan tujuan untuk menyediakan individu d lebih fleksibiliti dan kemudahan yang baik, ACI STORE® memperkasakan pengguna untuk bekerja dari keselesaan rumah mereka sendiri,
membantu dan memulakan peluang perniagaan dalam talian baharu. Lebih-lebih lagi, pasaran beli-belah dalam talian ACI STORE® menawarkan pelbagai jenis produk, memudahkan pengguna mencari dan membeli baranganyang mereka kehendaki di satu lokasi yang mudah.


ACIGOLD® teruja untuk mengumumkan pra pelancaran ACI EXCHANGE® (CEX) aplikasi
Centralised Blockchain DeFi Web3, tidak lama lagi dan akan disenaraikan di CoinMarketCap (CMC) pada 18 November ini.

ACI EXCHANGE® Centralized Exchange adalah platform yang membolehkan pengguna menjual beli matawang kripto sesama sendiri secara P2P, platform ini membolehkan pengguna membeli, menjual dan berdagang mata wang kripto dengan mudah disamping mengembangkan kewangan mereka melalui kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi
blockchain Web3 di ACI EXCHANGE®.


ACIGOLD® juga bertujuan untuk merevolusikan cara orang bersosial, bekerja dari jauh dan berurus niaga dalam talian.


Dengan ekosistemnya yang komprehensif dan tumpuan utama untuk mencipta peluang bagi pengguna di seluruh dunia, ACIGOLD® bersedia untuk menjadi peneraju dalam Industri Blockchain Web3.

Leave a Reply