spr

KUALA LUMPUR – Laman web dan aplikasi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada Sabtu dipercayai mengalami gangguan atau tergendala apabila pengguna tidak dapat mengaksesnya.

Kesulitan itu dipercayai terjadi berikutan orang ramai di seluruh negara membuat semakan di laman berkenaan secara serentak untuk mengetahui maklumat pengundian dan daftar pemilih.

Ketika ramai yang teruja untuk mendapatkan maklumat keputusan yang sah, beberapa pengguna aplikasi X membuat hantaran yang menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mengakses laman web serta aplikasi SPR.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading