94861be5-6647-4405-92b4-215c7dfbc3ad

Kuala Lumpur – Pernah tak terfikir untuk merasai pengalaman diganggu entiti misteri di sebuah tasik demi melengkapkan sebuah ekspedisi bersama rakan kolej. Didatangi pula roh jahat sehingga menyebabkan kematian tragis.

Segala persoalan akan dipaparkan dalam sebuah filem yang berjudul Misteri Roh Pulau Penunggu hasil nukilan arahan Shahridan Popeye dan skrip oleh Mimmi Mazlan.

Filem yang dibintangi oleh Putra Amaris, Tom GV9, Keena Mentor, Azlee Senario, Erul Samah dan Faizzal Gegar Lawak ternyata mampu membangkitkan rasa seram apabila ditonton.

Berkisar ekspidisi remaja kolej elit mencari roh dan penampakan di sebuah Pulau akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri. Seorang pelajar bernama Ammar yang suka mengkaji tentang kewujudan roh, misteri pulau penunggu dan susuk penampakan . Ammar tidak mempercayai tentang kewujudan makhiuk halus yang sentiasa wujud di sekeliling manusia untuk menyesatkan mereka.

Ekpedisi mencari roh dan penampakan itu mendapat sokongan kawan-kawannya iaitu Johan, Keena, Aida, Hezry, Faizal, Tom dan Farhan. Mereka kemudian meredah Tasik Banding dan menginap disalah sebuah pulau yang mempunyai rumah banglo lama yang terbiar. Ketika berada dirumah itu bermulalah bermacam peristiwa kerana mereka semua sebenarnya dilarang memijak kaki di Pulau Penunggu yang di penuhi dengan hantu dan juga roh.

Ketika ekspedisi, satu persatu rasukan dan gangguan berlaku sehingga mereka ditemui mati dalam keadaan tragis.

Apa yang belaku selepas itu?

Adakah anda yakin untuk tonton sendirian?

Disarankan anda tonton bersama rakan-rakan dan juga ahli keluarga untuk saksikan filem ini eksklusif di Astro First kerana ketakutan melampau mungkin akan dirasai.

Sidang Media

Penonton berpeluang menonton sambil menderma dan memenagi hadiah cabutan bertuah.

‘Misteri Roh Pulau Penunggu’ kini sedang ditayangkan melalui Astro First sejak 2 November 2023 lalu  di mana penonton yang melanggannya  bukan sahaja berpeluang memenangi hadiah menarik seperti kepingan emas hampir 1 gram bahkan dari setiap langganan penonton juga akan menyumbang kepada Tabung Amanah Anak Palestin Yayasan Nurjiwa.

“Kami sasarkan lebih daripada RM300.000 dapat diperoleh di mana sebahagian daripadanya akan disumbangkan kepada Yayasan Nurjiwa yang dikendalikan penyanyi tersohor negara, Dato Seri  Siti Nurhaliza, “ ujar Penerbit bersama, Dato Rosli Hj Bujang Rosli di Hotel JWW Marriot Kuala Lumpur.

Turut hadir rakan kongsinya, Dato Zamrud Misdi dan  barisan pelakon terlibat seperti antaranya Putra Amaris, Keena Mentor, Tom GV9, Erul AF9, Azlee Senario, Faizzal  Gegar Lawak  dan pengarahnya, Shahridan Popeye.

Dalam usaha mengumpul dana, pihak penerbit, Advance Idea Concept memberitahu, akan mengadakan cabutan bertuah setiap 3 hari sekali bermula 7 November 2023 kepada penonton yang melanggan telemovie berkenaan di Astro First.

Antara hadiah menarik adalah sumbangan dari Fingold, Bateriku.com, JWW Marriot dan banyak lagi.

 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading