IMG_20231107_121253

Petaling Jaya – Seorang pelabur dan juga ahli perniagaan dari United Kingdom, mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan seorang rakyat Malaysia dipercayai berpangkat ‘Datuk’.

Lee Rogger Meiklejohn, 51, berkata permulaan detik hitam ditipu individu berkenaan pada tahun 2010 ketika bertemu di Glasgow, Scotland.

Katanya, beliau hanya menyedari ditipu RM60 juta sekitar November 2017 selepas mengesyaki lelaki berkenaan membuat representasi palsu berhubung pelaburan yang dikemukakan.

Mangsa penipuan, Lee Rogger Meiklejohn menujukkan laporan polis yang telah dibuat semalam.

“Lelaki berkenaan mendakwa seorang individu bergelar Tan Sri telah melabur jutaan ringgit ke dalam syarikat pelaburannya dan memaklumkan dalam proses mengambil alih sebuah syarikat telekomunikasi dalam tempoh terdekat.

“Saya dua kali datang ke Malaysia untuk bertemu dengannya namun selepas November 2017, semua panggilan telefon dan email tidak dijawab,” katanya.

Menurut Lee, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung pelaburan penipuan itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Pengerusi Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (MAPER) yang juga seorang mangsa, Shah Abdul Malek, 50, mendakwa setakat ini hampir ratusan individu dan syarikat korporat menjadi mangsa kepada individu dikenali sebagai Datuk Wira.

“Beliau bersama seorang rakan perniagaannya bergelar Tan Sri, yang didakwa berpengaruh turut menipu pegawai-pegawai kerajaan, golongan profesional seperti doktor, pelabur antarabangsa dan rakyat marhaen.

“Setakat ini rantaian penipuan mereka mencecah hampir RM1 bilion termasuk pelaburan yang dibuat oleh seorang usahawan dari United Kingdom (UK), Lee Rodger Meiklejohn, berjumlah hampir RM60 juta,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini.

Shah yang juga ahli perniagaan, mendakwa tindakannya membawa Lee dari UK dan Amarjit Singh dari Kuala Lumpur bagi membuat pendedahan kegiatan Datuk Wira berkenaan, bertujuan meminta mangsa-mangsa pelaburan lain sama ada yang berada di dalam atau luar negara untuk bertemunya bagi mencari solusi dan cara terbaik menghalang lelaki itu daripada menipu lebih ramai lagi mangsa.

“Matlamat saya membuat pendedahan ini adalah supaya kita boleh bekerjasama untuk mendapatkan balik sebanyak mana yang mungkin sebahagian daripada wang yang telah ditipu oleh individu-individu bergelar Datuk Wira dan Tan Sri ini,” katanya.

Mengimbas perkenalannya dengan suspek pada 2007 di sebuah restoran di Taman Seputeh di sini, Shah berkata, dia diperkenalkan melalui seorang rakannya yang bekerja bersama lelaki itu.

Dar kiri; Lee Rogger Meiklejohn, Shah Abdul Malik dan Amarjit Singh

“Selepas tertarik dengan bentuk pelaburan yang ditawarkan, dia kemudian membuat pelaburan sebelum dilantik sebagai penasihat di syarikat pinjaman wang dan tidak mencampuri urusan operasi harian

Shah juga mendakwa dirinya turut menjadi mangsa penipuan sehingga diisytihar muflis.

“Saya terpaksa menjual rumah dan beberapa aset bagi membayar semula wang pelaburan rakan-rakan yang dilabur” ujarnya lagi.

Tidak hanya menyasarkan rakyat biasa, malah syarikat swasta, kerajaan, golongan professional seperti doktor serta pelabur antarabangsa turut dijadikan mangsa Ranjeet yang sehingga kini jumlah kerugian wang terkumpul hampir RM 1 billion.

Menurut Shah yang kini peniaga kosmetik, cubaan mendapatkan semula wang pelaburan yang dimasukkan berakhir dengan kegagalan apabila hanya menerima separuh sahaja daripada RM5 juta dilaburkan.

Mengulas lanjut, Shah memohon kepada mana-mana pihak yang menjadi mangsa individu berkenaan diminta tampil berhubung dengannya melalui talian 014-2214433 atau email maper.action@gmail.com.

“Kita mahu menghalang lebih ramai lagi menjadi mangsa penipuan lelaki berkenaan dan mencari jalan mendapatkan balik wang serta harta yang ditipu.

“Dengan tindakan ini saya berharap Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain untuk mengambil maklum isu ini dan bertindak dengan adil,” katanya.

Sementara itu,Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan mengenai penipuan pelaburan tersebut.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading