b6740f64-03ff-429a-b79d-5012b9839615

Kuala Langat – Percaya dan optimis bidang pendidikan itu seperti pertaruhan dunia niaga pada masa depan membuatkan YEG Academy terpanggil menanam hasrat melakukan perubahan.

Ia termasuk usaha kolej pengajian itu merevolusikan sistem pendidikan di Malaysia bagi memperkenalkan lebih banyak kursus baharu yang relevan dan memiliki permintaan pasaran tinggi pada zaman sekarang.

Usaha itu juga bertepatan dalam mengelak situasi pelajar sering berdepan kesukaran memilih aliran pengajian di institusi pengajian tinggi. Hinggalah ke tahap persoalan utama yang sering berlegar mahu bekerja apa dan di mana selepas tamat pengajian.

Ketua Pegawai Operasi YEG, Mohamad Fikri Hasbi berkata, antara faktor yang mendorong jumlah 72% lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pelajaran adalah kerana lebih berminat menjadi pempengaruh media sosial atau terus bekerja atas dasar inginkan sumber kewangan lebih cepat.

“Kebanyakkan lepasan SPM pada masa kini kurang berminat menyambung pelajaran kerana beranggapan tempoh pembelajaran yang lama dan memakan masa lebih 5 tahun menyukarkan bagi mereka untuk menjana pendapatan.

“Namun, dengan Pesta Sambung Belajar YEG, para pelajar akan menjalani tempoh pembelajaran lebih singkat dengan konsep pembelajaran terus kerja (WBL) dimana pelajar lebih tertumpu kepada latihan praktikal dan dibayar elaun” katanya.

Pengasas YEG Academy, Azizulhakim Suhaimi dan Hassan Ithnin melancarkan Program Work- Based Learning dan YEG Pesta Sambung Belajar bagi tahun 2024.

YEG Academy memperkenalkan konsep WBL merupakan suatu revolusi pendidikan tinggi yang mampu mengintegrasikan pembelajaran di universiti dengan pembelajaran di industri selain mewujudkan pengalaman bersepadu kepada pelajar iaitu teori dan praktikal.

Ketua Pengarah Pemasaran YEG Academy, Azizulhakim Suhaimi, berkata program pengajian yang ditawarkan mempunyai potensi kepada permintaan tinggi di pasaran dengan memberi penekanan kepada laluan kerjaya bagi para pelajar. 

“Bermula dari YEG Academy ini diasaskan, seramai 87% graduan telah dilahirkan dan hampir keseluruhan terus dipanggil bekerja mengikut kemahiran yang terlatih.

“Di YEG Academy kami bekerjasama dengan beberapa pemain industri antaranya Kolej Meatech bagi bidang operasi penerbangan, Kolej Antrabangsa Innovatif bagi Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) dan Ijazah Sarjana Muda (Degree) Pengurusan Haji dan Umrah dan seterusnya kerjasama dengan Kolej MAHSA dalam jurusan kejururawatan” jelasnya.

Tambahnya lagi, YEG Academy yang telah ditubuhkan sejak 7 tahun lalu, berjaya melahirkan 15,140 alumni berjaya dan menyasarkan seramai 3,000 graduan pada tahun ini.

Pengasas YEG Academy, Hassan Ithnin menjelaskan, pihaknya sentiasa mengikuti peredaran dan permintaan industri semasa bagi melahirkan para graduan yang sesuai memenuhi pasaran.

“Fokus kami melahirkan graduan berinovasi sesuai dengan kerelevanan industri dan memiliki pekerjaan semasa dalam latihan industri.

“Pelajar diberi gaji ketika masih belajar disamping peningkatan kemahiran yang ada sesuai memenuhi permintaan pasaran masa kini” ujarnya dalam sidang media selepas Forum Inovasi Pendidikan 2024 yang berlangsung di Kolej MAHSA, Bandar Saujana Putra, Jenjarom.

Forum yang membincangkan hala tuju 72% lepasan SPM yang tidak mahu menyambung pelajaran itu dibarisi oleh; Hajah Ida Riswana Idris, Pengarah Andalusia Travel & Tours, Prof. Zainooriah Dato’ Hj Zakaria, Ketua Pengeposan Klinikal Kolej MAHSA, Che Rozaina Azizan, Ketua Jurusan Operasi Penerbangan Kolej Meatech dan Muhammad Anas Mohd Bukhori, Naib Presiden Kolej Universiti Inovatif.

Disamping itu, turut dilancarkan Program Work- Based Learning dan YEG Pesta Sambung Belajar bagi tahun 2024.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading