MTXX_PT20240619_123624253

Seperti yang dijanjikan pada posting Reaksi Pertama kami sebelum ini, kali ini kami hadir dengan Reviu Penuh berkenaan telefon pintar hebat HONOR 200 Pro.

Telefon pintar HONOR 200 Pro ini secara rasminya memasuki pasaran Malaysia dengan kehebatan kamera potret dan fungsi AI yang meletakkanya di barisan gajet hebat 2024.

Macam biasa, Team Malaysianews TV memang puji habis HONOR 200 Pro ni. Kualiti kamera memang padu!

Apa ada didalam kotak?

1) Telefon pintar Honor Magic6 Pro

2) Kabel USB C

3) Pengecas

4) Cover telefon

5) Pin

Nak tahu, Apa lagi yang menarik tentang HONOR 200 Pro?

Kualiti kamera setaraf studio

Honor 200 Pro menampilkan kombinasi kamera berkuasa yang berupaya merakam gambar potret bertaraf studio.

Untuk itu, susunan kamera merangkumi kamera 50 Megapiksel (MP) yang dilengkapi dengan Sensor Camera Utama H9000 1/1.3 inci berkuasa yang menawarkan keupayaan pengesanan cahaya dan sokongan HDR yang hebat.

Sensor ini juga digunakan dalam Honor Magic6 Pro dan sensor ini turut didatangkan bersama Dual Optical Image Stabilisation (OIS) dan sistem anti-goyang Electronic Image Stabilisation (EIS), membolehkan pengguna menangkap imej yang jelas dan teliti walaupun dalam keadaan malap atau bergerak pantas seperti merakam imej seseorang yang sedang berlari atau burung terbang.

Peranti ini juga dilengkapi Kamera Telefoto 50MP dengan sensor Sony IMX 856 yang direka khas untuk merakam potret dan objek jauh yang dizum pada jarak dekat dengan ketajaman dan kejelasan yang amat tepat.

Gambar full potret – Honor 200 Pro

Pemasangan Sony IMX 856 ini menjadikan Siri Honor 200 telefon pintar pertama di Malaysia memiliki sensor baharu yang berkuasa ini.

Kerjasama Studio Harcourt hasilkan foto potret tebaik

Untuk siri HONOR 200 Pro ini, antara yang istimewa adalah fungsi kamera potraitnya di mana Honor menjalin kerjasama dengan studio ternama Harcourt Studio.

Ditubuhkan pada 1933, Studio Harcourt Paris merupakan studio fotografi yang telah merakam pelbagai gambar potrait selebriti ternama dunia dan setiap rakaman potrait adalah sangat unik dan tersendiri.

Jadi, anda dapat hasilkan gambar potrait yang perfect setiap masa, persis rakaman gambar di Harcourt Studio dengan kamera Honor 200 Pro ini! Sesuatu yang jarang ditawarkan pada peranti lain.

OIS+EIS Dual Anti-shake System yang terdapat dalam peranti ini juga membantu anda untuk merakam video dan gambar dengan baik supaya hasil rakaman sentiasa on point dan tidak ‘bergegar’.

Gambar potret outdoor – Honor 200 Pro
Gambar potret indoor – Honor 200 Pro

Fungsi AI yang ada pada Honor 200 Pro, AI Motion Sensing Capture dan Exclusive AI Natural Tone 2.0 bakal mantapkan lagi setiap gambar yang anda rakam.

Kuasa perisian MANTAP

Peranti ini dikuasakan prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 yang terkini.

Mempersembahkan kelajuan jam pantas sehingga ke 3GHz, prosesor ini membolehkan Honor 200 Pro mengoperasikan permainan dengan grafik yang amat intensif dan memastikan tindak balas masa sebenar yang lancar ketika berinteraksi dengan aplikasi yang banyak menggunakan tenaga dan keupayaan.

Untuk kesambungan lebih lancar, peranti ini juga juga menawarkan cipset Honor C1 + RF yang dipertingkatkan bagi memastikan kesambungan yang optimum walaupun di kawasan dengan rangkaian lemah selain meningkatkan prestasi rangkaian 5G.

Bateri silikon tahan lama

Honor 200 Pro menawarkan bateri karbon silikon 5,200mAh, jenis bateri yang sama digunakan dalam siri telefon flagship Honor Magic.

Ini membolehkan Honor 200 Pro menawarkan prestasi yang boleh dipercayai dan jangka hayat bateri lebih lama dengan penstriman muzik secara berterusan sehingga 61 jam dalam sekali cas.

Mengecas telefon mungkin sesuatu yang melecehkan tetapi bagi peranti ini, ia melaksanakan integrasi teknologi pengecasan pantas berwayar 100W Wired Honor SuperCharge, membolehkan bateri penuh dalam tempoh hanya 41 minit.

Ia juga menawarkan pengecasan wayarles pantas 66W Wireless Honor SuperCharge dengan pengecas yang sepadan.

Honor 200 Pro mudah untuk dicas semula dalam masa beberapa minit tanpa perlu risau kehabisan kuasa bateri ketika menstrim video atau bermain aplikasi permainan.

Reka bentuk nipis, ringan dan eksklusif

Dengan reka bentuk yang elegan dan teknologi terkini, HONOR 200 Series bukan sahaja memenuhi, tetapi juga melampaui jangkaan pengguna terhadap apa yang dapat ditawarkan oleh telefon pintar kelas pertengahan.

Dengan penekanan pada inovasi dan kualiti, HONOR 200 Series adalah pilihan yang luar biasa bagi mereka yang ingin menikmati teknologi terkini tanpa perlu berbelanja besar seperti untuk model flagship.

Design yang nipis dan ringan memudahkan untuk dipegang dan dibawa pada bila-bila masa. rekaan yang eksklusif membuat pengguna menampilkan keterujaan memilikinya.

Ianya nampak sangat Premium!

Ciri-ciri AI yang menakjubkan

HONOR 200 Series memperkenalkan beberapa ciri AI yang sangat inovatif, termasuk:

Magic Portal Magic Portal adalah salah satu ciri AI yang membolehkan pengguna untuk menikmati pengalaman augmented reality (AR) yang lebih mendalam. Ia memberikan akses kepada kandungan AR yang dapat disesuaikan, membolehkan pengguna berinteraksi dengan objek maya dalam persekitaran dunia nyata.

AI Natural Tone 2.0 Ciri secara automatik melaraskan warna kulit dalam gambar untuk menghasilkan tona yang lebih semula jadi. Ini sangat berguna untuk fotografi potret, memastikan subjek kelihatan sebaik mungkin dengan pencahayaan yang tepat dan warna kulit yang semula jadi.

AI Blur Privacy Info membantu melindungi maklumat peribadi dalam foto dengan mengaburkan data sensitif seperti nombor telefon, alamat, dan dokumen lain secara automatik. Ini adalah satu tambahan yang penting untuk menjaga privasi pengguna.

AI Motion Sensing Capture  membolehkan pengambilan gambar yang tajam dan jelas walaupun subjek dalam pergerakan. Teknologi ini mengesan gerakan dan secara automatik melaraskan tetapan kamera untuk menangkap imej yang jelas tanpa kesan kabur.

Perbandingan gambar potret warna dan hitam putih – Honor 200 Pro

Smart Folder dan Magic Capsule mempermudah pengurusan aplikasi dan fail dengan membolehkan pengguna mengatur dan mengakses maklumat dengan lebih pantas dan mudah. Ia menawarkan cara yang lebih pintar untuk menguruskan kandungan pada telefon.

Spesifikasi

NETWORKTechnologyGSM / CDMA / HSPA / CDMA2000 / LTE / 5G
LAUNCHAnnounced2024, May 27
StatusAvailable. Released 2024, May 31
BODYDimensions163.3 x 75.2 x 8.2 mm (6.43 x 2.96 x 0.32 in)
Weight199 g (7.02 oz)
SIMDual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
 IP65 (Int’l), IP55 (China), dust and water resistant
DISPLAYTypeOLED, 1B colors, 120Hz, HDR, 4000 nits (peak)
Size6.78 inches, 111.5 cm2 (~90.8% screen-to-body ratio)
Resolution1224 x 2700 pixels (~437 ppi density)
PLATFORMOSAndroid 14, MagicOS 8
ChipsetQualcomm SM8635 Snapdragon 8s Gen 3 (4 nm)
CPUOcta-core (1×3.0 GHz Cortex-X4 & 4×2.8 GHz Cortex-A720 & 3×2.0 GHz Cortex-A520)
GPUAdreno 735
MEMORYCard slotNo
Internal256GB 12GB RAM, 512GB 12GB RAM, 512GB 16GB RAM, 1TB 16GB RAM
MAIN CAMERATriple50 MP, f/1.9, (wide), 1/1.3″, 1.2µm, PDAF, OIS
50 MP, f/2.4, (telephoto), PDAF, OIS, 2.5x optical zoom
12 MP, f/2.2, 112˚ (ultrawide), AF
FeaturesLED flash, HDR, panorama
Video4K@30fps, 1080p@30/60fps, gyro-EIS, OIS
SELFIE CAMERADual50 MP, f/2.1, (wide)
2 MP, f/2.4, (depth)
FeaturesHDR
Video4K@30fps, 1080p@30fps, gyro-EIS
SOUNDLoudspeakerYes, with stereo speakers
3.5mm jackNo
COMMSWLANWi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/6, dual-band, Wi-Fi Direct
Bluetooth5.3, A2DP, LE, aptX HD
PositioningGPS, GALILEO, GLONASS, QZSS, BDS (B1I+B1c)
NFCYes
Infrared portYes
RadioNo
USBUSB Type-C 2.0, OTG
FEATURESSensorsFingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, compass, ultrasound proximity
BATTERYTypeSi/C 5200 mAh, non-removable
Charging100W wired, 60% in 15 min, 100% in 41 min (advertised)
66W wireless, 64% in 30 min (advertised)
5W reverse wired
Reverse wireless
MISCColorsMoonlight White, Black, Ocean Cyan, Pink
ModelsELP-AN00
PriceAbout 800 EUR
TESTSLoudspeaker-24.7 LUFS (Very good)
Battery (new)Active use score 11:08h

Untuk menjadi antara yang pertama memiliki peranti ini di Malaysia, anda boleh meletakkan deposit tempahan sebanyak RM20 di kedai dalam talian Honor Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada promosi “pra-tempahan” awal, anda boleh menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,377 selepas membuat pembayaran penuh. Ini termasuk rebat RM200, Honor SuperCharge Wireless Charger Stand (bernilai RM299), Honor Earbuds X6 (bernilai RM299) dan perlindungan penggantian retak depan dan belakang selama 365 hari (bernilai RM579).

Untuk pasaran Malaysia, Honor 200 Pro ditawarkan dalam dua warna – Ocean Cyan dan Moonlight White.

Promosi Pra-Tempahan Awal Honor 200 Pro ini tersedia mulai hari ini 10 Jun hingga 18 Jun 2024 (Selasa). Pelancaran rasmi Honor 200 Pro di Malaysia akan berlangsung pada 19 Jun 2024 dan untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman Rasmi Honor di Facebook dan Instagram.

Kesimpulan

Secara menyeluruh, kami memang menyukai telefon pintar ini. Malaysianews TV juga mencadangkan kepada anda untuk menggunakan HONOR 200 Pro ini dan rasai sendiri kehebatannya.

Kami berikan empat bintang kepada telefon pintar ini.

Lagi gambar dibawah yang disnap dengan kehebatan kamera HONOR 200 Pro.

1 thought on “Reviu Penuh: HONOR 200 Pro ciri premium AI, gambar potret taraf studio

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading