Kuala Lumpur – Honor Malaysia hari ini secara rasminya membawa Honor 200 dan Honor 200 Pro ke dalam pasaran disini.
Harga siri HONOR 200 bermula daripada RM1899, dengan kedua-dua model yang ditawarkan, iaitu HONOR 200 Pro dan HONOR 200 telah dilengkapi sistem kamera hasil kerjasama Harcourt, dwi OIS+EIS system anti-goyang, RAM 12GB, bateri besar 5200mAH dan pengecasan 100W.

Pra-pesan HONOR 200 untuk menikmati hadiah bernilai sehingga RM1,078
Kini Siri HONOR 200 telah dilancarkan di Malaysia, dengan harga di bawah:
HONOR 200 (12GB+256GB) RM1899
HONOR 200 (12GB+512GB) RM2199
HONOR 200 Pro (12GB+512GB) RM2699

Secara ringkas, siri HONOR 200 mampu mencipta visual foto luar biasa dengan penggunaan teknologi masa kini di samping dilengkapi dengan bateri Silicon Carbon 5200mAh, SuperCharge 100W, speaker stereo, sistem dwi anti-goyang OIS dan EIS.
HONOR turut memberikan tawaran hadiah percuma bernilai sehingga RM1,078, termasuk rebat RM200 termasuk HONOR Earbuds X6 dan penggantian retak depan dan belakang selama setahun.


Kehebatan siri Honor 200 ini mempunyai fungsi AI yang premium dan Honor 200 Pro memiliki kehebatan gambar potret setaraf studio terkemuka.

Anda boleh membaca Reaksi pertama kami berkenaan telefon pintar ini. Jangan lupa membaca Reviu Penuh untuk lebih tahu tentang kehebatannya yang luar biasa!
Ada lagi… anda boleh juga membaca tentang kehebatan fungsi AI pada Honor 200 Pro ini.
