Petaling Jaya – Pengasas Neo Medicare, Profesor Dr Ab Aziz Al Safi dianugerahkan sijil pengiktirafan Asia Book of Record atas sumbangannya membantu masyarakat terutama pesakit buah pinggang.
Beliau yang juga pengasas dan Pengarah Perubatan Neo Medicare Group kini memfokuskan membantu pesakit mencapai kualiti hidup yang lebih tinggi dengan merawat punca dan gejala penyakit kronik.
Dengan menggunakan teknik diagnostik dan rawatan alternatif berasaskan bukti saintifik, setiap masalah kesihatan dikenal pasti dan kemudian menggunakan penyelesaian penjagaan perubatan bersepadu untuk menangani masalah yang dihadapi.
Profesor Dr Ab Aziz Al Safi yang kini merupakan Profesor Perubatan di Kolej Universiti Lincoln di Kota Bharu, Kelantan serta bekas Profesor Sains Perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM), berkata Malaysia kini berada di tangga kedua tertinggi didunia yang memiliki pesakit buah pinggang dan bergantung dialisis setiap minggu.

“Pesakit buah pinggang keseluruhannya mempunyai 5 peringkat atau stage, jika ianya masih berada di stage 1 hingga 3 ianya boleh dirawati dalam tempoh yang singkat tetapi jika mencapai sehingga stage 5 dan ia dikategorikan sebagai kronik tetapi dengan kaedah ini ia boleh dirawat dan dikawal.
“Pesakit buah pinggang semakin bertambah setiap tahun dan setelah didiagnos penyakit tersebut, hidup mereka hanya bergantung kepada mesin pencuci darah atau melakukan pemindahan buah pinggang.
“Kos untuk rawatan tersebut adalah sangat mahal” katanya.
Jelasnya, selain kaedah menjaga diet pemakanan yang ketat selama setahun, proses bekam juga turut digunakan bagi membuang darah kotor dalam badan.
“Rawatan bekam klinikal yang kami tawarkan amat unik kerana ia berpaksikan prosedur operasi standard (SOP) ketat, bersih, selamat dan memberikan kesan perubatan yang positif.
“Lebih menarik, segala perundingan dan rawatan dipantau oleh saya sendiri serta dikendalikan oleh kakitangan terlatih dan berpengalaman” ujarnya dalam majlis penganugerahan yang berlangsung di hotel Eastin disini hari ini.

Pasukan Kumpulan Neo Medicare pakar dalam menggunakan penjagaan perubatan integratif untuk menyelesaikan penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang kronik (CKD), diabetes mellitus dan sindrom metabolik serta penyakit kronik yang lain.
Kumpulan perubatan turut dilengkapi dengan pelbagai mesin dan peralatan canggih dan termaju seperti hipertermia, ECP dan CTU dan i-tera bagi mempercepatkan proses pemulihan.
Bagi orang ramai yang ingin mengetahui rawatan penyakit buah pinggang ini, boleh melayari www.Neomedicaregroup.com dan www.elakdialisis.com
