Popular Used MG Cars in the UAE _ Body 2 (5-1-24)

Kuala Lumpur – SAIC Motor Malaysia dengan rasa teruja mengumumkan pembukaan rasmi empat lagi pengedar MG Motor—MG Motor Balakong, MG Motor Klang, MG Motor Muar, dan MG Motor Skudai.

Untuk info, MG Motor Malaysia kini mempunyai 15 pengedar dengan lebih banyak lokasi yang akan dibuka tidak lama lagi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Emory QiFeng selaku Pengarah Urusan, dan Lee Wen Hsiang selaku Ketua Pegawai Operasi SAIC Motor Malaysia.

Pamer Model Baharu MG

Pengedar MG Motor ini adalah sebahagian daripada rancangan untuk membina rangkaian 35 pengedar di seluruh negara. Malah, pengedar-pengedar juga mempamerkan model terbaru MG5, MG4 EV, dan MG ZS EV, serta MG HS yang akan datang.

Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan lengkap untuk pelanggan, termasuk perundingan kenderaan hingga penjagaan selepas jualan. Penasihat dan juruteknik terlatih juga akan memastikan perkhidmatan cekap dan berkualiti untuk penyelenggaraan, pembaikan, dan pembiayaan.

“Pembukaan ini menandakan komitmen kami untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan rangkaian penuh produk kami. Dengan pengedar baharu ini, kami lebih bersedia untuk menyediakan kualiti, penjagaan, dan kemudahan yang pelanggan kami perlukan dan layak terima,” jelas Emory QiFeng selaku Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia.

Sambutan 100 Tahun MG Dengan Tawaran Hebat!

Berikutan kejayaan MG5 yang menawarkan penjimatan RM7,000, SAIC Motor Malaysia teruja untuk mengumumkan tawaran eksklusif untuk MG4 EV dengan penjimatan sehingga RM10,888, dan MG ZS EV dengan penjimatan sehingga RM5,888!

Orang ramai dijemput hadir untuk memandu uji model MG terbaharu di Bilik Pameran Pengedar Sah MG Motor.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading