UNIQLO, peruncit pakaian global telah mengadakan International Repair Day dengan bengkel Repair & Upcycling bertujuan mempromosikan penyelesaian praktikal untuk memanjangkan jangka hayat pakaian.
Kepentingan Jaga Pakaian Lama & Menyumbang Kepada Ekonomi Kitaran
Bengkel ini adalah sebahagian daripada inisiatif global oleh UNIQLO yang mengadakan acara serupa di lokasi-lokasi RE.UNIQLO Studio seluruh dunia.
Untuk info, RE.UNIQLO STUDIO pertama ditubuhkan di kedai UNIQLO Regent Street di London pada tahun 2022.

Sejak itu, cawangan-cawangan lain telah dibuka di seluruh dunia dengan perkhidmatan ini tersedia di 50 kedai di 21 pasaran sehingga akhir September 2024. Di Malaysia, RE.UNIQLO Studios terletak di:
- UNIQLO Damansara Avenue Square
- UNIQLO Fahrenheit 88
- UNIQLO The Exchange TRX.
Evelyn Tan selaku Pengarah Undang-Undang dan Kelestarian di UNIQLO Malaysia, berkata, “Falsafah LifeWear UNIQLO sentiasa menekankan kualiti dan ketahanan dalam pakaian kami.
“Kami percaya tanggungjawab kami melangkaui pengeluaran dan penjualan pakaian yang boleh dipakai dengan kerap; ia juga tentang memastikan pakaian dan bahan kami bertahan lebih lama.

“Melalui bengkel hari ini, kami ingin menunjukkan cara praktikal untuk memanjangkan jangka hayat LifeWear kami dan mempromosikan amalan lestari.”
Melalui inisiatif seperti program RE.UNIQLO dan bengkel pembaikan ini, UNIQLO komited untuk memupuk budaya kelestarian. Bukan itu sahaja, UNIQLO juga menggalakkan peralihan kepada gaya hidup yang akhirnya memberi manfaat kepada alam sekitar dan masyarakat.

International Repair Day oleh UNIQLO.
Ini mendorong The Open Repair Alliance iaitu sebuah organisasi pendidikan ditubuhkan di London memperkenalkan International Repair Day pertama pada tahun 2017.
Sebelum ini, fokusnya adalah pada pembaikan peranti elektronik, tetapi dengan peningkatan kesedaran, ia telah menjadi hari di mana orang ramai membawa pelbagai barangan untuk diperbaiki termasuk basikal, kasut, dan pakaian.
