Kuala Lumpur – Sambutan hari lahir buat anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu, NurulHidayah tahun ini cukup bermakna apabila dia menerima hadiah perniagaan hotel daripada suaminya.
Dalam satu majlis yang penuh sejarah hari ini, NurulHidayah melancarkan hotel ‘Teedo’ yang terletak di Pudu Sentral, Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran hotel tersebut disempurnakan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.
Hotel yang terletak di bangunan Pudu Sentral itu akan mula beroperasi pada pertengahan November ini.

“Dulu dikenali sebagai hotel Ancasa Express dan mempunyai hampir 80 peratus pengunjung tapi ditutup selama dua tahun akibat pandemik Covid 19. Kini kita mengambil alih dengan jadikannya Hotel TEEDO.
“Sebelum ini, kawan ada bagi tahu hotel ini nak dipajakkan dan kami fikir apa salah mencubakan dan alhamdulilah dengan kerjasama Uda Holdings Berhad dan rakan biaya, SME Bank semuanya dipermudahkan.
“Cabaran pastinya ada tidak kira dalam apa jua jenis perniagaan tapi kita perlukan komitmen yang tinggi untuk memastikan Hotel TEEDO ini dikenali ramai dan menerima pengunjung yang tinggi,” katanya.
Menceritakan bagaimanapun idea penubuhan hotel Teedo tercetus, NurulHidayah yang juga dikenali sebagai kak long berkata ia adalah idea spontan suaminya.
“Idea untuk cetus hotel Teedo tercetus oleh suami secara spontan, suami secara spontan bagi tahu ada sebuah bangunan yang berpontensi untuk dipajak, pada awalnya (saya) meragui.
“Namun, suami tekad untuk mememuhi angan-angan seorang isterinya yang akhirnya lahirlah hotel Teedo,” jelasnya lagi.
Katanya hotel Teedo yang memiliki 168 buah bilik dengan harga permulaan sekitar RM150 akan mula beroperasi November depan.
Tambah Nurulhidayah untuk peringkat awal pembukaan, pihaknya menyasarkan sebanyak 60 peratus pengunjung akan menginap di Hotel TEEDO dengan pelbagai tawaran yang akan disediakan.

“Jumlah keseluruhan kos untuk hotel ini menjangkau sehingga RM5 juta daripada SME Bank tetapi kita banyak lakukan penjimatan dengan membuat renovasi sendiri oleh suami saya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff ,” ujarya.
Malah katanya, setiap bilik dilengkapi dengan keperluan moden seperti Wi-Fi berkelajuan tinggi secara percuma, TV skrin rata dan penyaman udara, yang pastinya memberikan merasai pengalaman yang selesa dan berbaloi.
Mengenai gesaan pengusaha hotel menyelaraskan semula masa daftar masuk dan keluar sekurang-kurangnya 23 jam sehari, Nurulhidayah berkata, pihaknya tiada sebarang isu berhubung perkara itu.
Bahkan hotel berkenaan mengekalkan waktu daftar masuk jam 2 petang dan keluar pada pukul 12 tengah hari.
