d97e53d5-010e-4d22-8f70-d389862c9294

Kuala Lumpur – Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur melakar sejarah apabila kumpulan tarian yang terdiri dari kalangan pelajarnya meraih kemenangan besar di 42nd International Competition and Festival of Folklore Dance and Music, Prague Stars.

Pertandingan tersebut berlangsung dari 30 October hingga 4 November di Prague, Republik Czech  itu menyaksikan penyertaan dari lebih kurang 50 kumpulan yang bersaing dari seluruh dunia seperti antaranya Slovakia, Ukraine, Romania, Bosnia, Republic Czech dan banyak lagi.

Dengan bimbingan Jurulatih Seni Tari, Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, Mohamad Shahfik Abd Aziz dan Nur Arziana Md Sakek, yang mempertaruhkan tarian rakyat dan etnik Malaysia sekali gus membawa identiti budaya Malaysia di peringkat global.

Kemenangan yang dipertaruhkan bagi kategori Folklore Dance Art meraih Champion for Solo Category yang ditarikan oleh Muhammad Nazhan bin Nasir dengan karya tari bertajuk “Kenyalang”.

Bagi anugerah seterusnya Champion for Duet Category, yang ditarikan oleh Muhammad Nor Danish Amani dan Nur Aireen Hannani dengan karya tari “Kuda Pacu” dan seterusnya karya tari “Suluh” disertai Kumpulan Pewaris Seni Anak tari seramai 6 orang murid memenangi Champion for Ensemble Group Category.

Kemenangan ini sekaligus meraih perhatian juri profesional dan merangkul anugerah tertinggi GRAND PRIX AWARD “Outstanding Performance” di antara semua delegasi yang bertanding.

Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur ini mempertaruhkan bakat mereka Dengan menyertai tiga kategori iaitu solo, duet dan berkumpulan. Kemenangan besar mereka apabila satu persatu kejayaan dicipta oleh mereka dengan memenangi kategori solo dan duet yang masing-masing berjaya memenangi tempat pertama.

Bagi memeriahkan majlis dan memberi semangat turut hadir ke pertandingan tersebut adalah Puan Yang Terutama, Suzilah Mohd Sidek, Duta Besar, Kedutaan Malaysia Prague, serta Amirul Zaki, Setiausaha Kedua Kedutaan Malaysia Prague, Kementerian Luar Negeri.

Dalam masa sama, Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Siti Dewi Marsitah binti Ismail, Pengetua Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur dan para ibu bapa.

Turut serta, penghargaan kepada barisan penaja antaranya Big Supermarket, Let’s Play Performance, Creative Asia (M) Sdn Bhd, Tastytouch, Mokoloko Kopi, University of Leeds, Brahim’s dan Mighty White.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading