Petaling Jaya – National CEO Symposium 2025 adalah satu lagi platform patuh syariah yang mengumpulkan para usahawan dari pelbagai latar industri meluaskan lanskap perniagaan ke seluruh negara dan global amnya.
Dalam prospek memacu ekonomi lebih mampan, simposium ini dijangka menjadi tunggak utama bagi memperkukuhkan daya saing syarikat-syarikat Malaysia di bawah Dewan Perniagaan Muslim Insider (Muslim Insider) dan membuka peluang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif KNKV Group, Prof (Adj) Hj Adam Shah Abdul Rahman berkata, acara ini akan melengkapkan pembuat keputusan perniagaan dengan maklumat yang relevan untuk memastikan kelangsungan perniagaan yang menguntungkan sepanjang tahun 2025.
“Untuk menyertai Simposium ini, peserta mesti merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau pembuat keputusan dalam syarikat yang mencatatkan jualan tahunan tidak kurang dari RM5 juta, mempunyai rekod perniagaan yang bersih, serta mempromosikan mesej jenama yang positif.
“Kami ingin membantu CEO dan pengurusan tertinggi menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran ekonomi dengan lebih yakin” ujarnya dalam sidang media yang berlangsung di Hotel Avante disini hari ini.
Tambahnya lagi, peserta simposium ini diwajibkan untuk menjadi CEO atau pembuat keputusan dalam syarikat yang mencatatkan jualan tahunan tidak kurang dari RM5 juta.
Selain itu, syarikat tersebut juga perlu mempunyai rekod perniagaan yang bersih dan mempromosikan mesej jenama yang positif. Kriteria ini bertujuan untuk memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar komited kepada pertumbuhan dan keberkesanan perniagaan yang dapat menyertai acara ini.
Dalam masa sama, KNKV Group turut mengumumkan perlantikan Senator Datuk Seri Dr. Hjh Zurainah Musa sebagai Pengerusi baharu.

Beliau yang menyokong Belanjawan 2025 sebagai persiapan menghadapi cabaran perniagaan pada 2025 dan mampu memberi impak daya saing sihat bagi senario perkembangan industri masa kini.
“Belanjawan 2025 memperuntukkan lebih daripada RM 5 bilion melalui pelbagai inisiatif untuk menyokong pertumbuhan perniagaan dan inovasi.
“Dana ini menawarkan geran untuk pendigitalan, pembangunan kapasiti, dan insentif cukai, dengan sokongan yang disasarkan untuk pembangunan perniagaan, eksport, serta usahawan muda dan wanita.
“Ini adalah peluang berharga bagi perniagaan untuk berkembang, berinovasi, dan selaras dengan matlamat ekonomi Malaysia” katanya.

Acara National CEO Symposium 2025: Where Top Industry Leaders Coverage, yang berlangsung hari ini turut memberi pendedahan berkenaan manfaat perbankan eksklusif, dan peluang jaringan dengan pembuat keputusan teratas
Selain itu, ia turut memberi pendedahan berkenaan strategi dan pandangan perniagaan 2025, pandangan mendalam daripada pakar industri serta sorotan untuk CEO melalui temuduga media korporat.
