Kuala Lumpur – Pastinya ramai dalam kalangan masyarakat tidak pernah merasai menu masakan Baba dan Nyonya atau peranakan yang asli sebelum ini. Bukan apa, selain sukar ditemui, menu itu juga hanya boleh di dapati di restoran tertentu.
Malah nama Melaka pasti terbayang apabila popular dengan makanan tradisi yang banyak dipengaruhi unsur Baba Nyonya. Ini kerana makanan warisan masyarakat Baba dan Nyonya itu sudah bertapak di bumi negeri itu sejak kira-kira 600 tahun lalu.
Baba dan Nyonya atau Peranakan adalah tergolong sebagai keturunan kaum Cina di mana menunya masih sama seperti menu lain seperti mi kari, laksa dan asam laksa, namun ia mempunyai tarikan dan keenakan tersendiri.
Ini kerana masakan tersebut kaya dengan bahan asli yang merangkumi kesemua rasa termasuklah kesegaran, kemanisan, masam dan kepedasan serta kepekatan yang berbeza.

Kalau anda tercari menu asli Baba dan Nyonya ini, tidak perlu pergi sampai ke Melaka. Cubalah datang ke Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur yang ketika ini memperkenalkan dan menikmati menu dikenali JP Peranakan Palate Week untuk meraikan masakan tradisi Peranakan Baba Nyonya.
Grand Hyatt meraikan menu peranakan ini selama seminggu dengan kerjasama cef selebriti, Florence Tan.
Kerjasama antara JPteres dan Florence yang berasal dari Melaka ini meraikan tradisi dan warisan kulinari masakan Nyonya. Beliau juga telah lama menjadi juara dalam seni kulinari Peranakan, mempamerkan kepakarannya di Malaysia dan antarabangsa.

Sepanjang minggu JP Peranakan, Florence akan mempersembahkan menu yang disusun dengan teliti dengan memaparkan hidangan istimewanya.
Ia termasuk Chicken Sek, hidangan tradisional ayam yang dimasak dengan herba, Mee Goreng Nyonya dengan Rojak yang menawarkan keseimbangan sempurna antara manis dan masam, Ikan Gerang Assam iaitu ikan masak asam rebus stail nyonya dan Sup Itik Tim, sup itik yang menyelerakan mencerminkan citarasa Peranakan.

Hidangan Peranakan akan dihidangkan sebagai sebahagian daripada Bufet makan tengahari hari pada hari bekerja dan Bufet Makan Malam Gerai@JP pada hari Sabtu.
Minggu JP Peranakan ini juga adalah sebagai pratonton kepada para pelanggan dan akan dipersembahkan dalam siri “Dine With Chef” yang akan kembali pada Mei 2025.

Ia juga sejajar dengan komitmen restoran terhadap masakan asli Malaysia dan dedikasi untuk menyajikan makanan tempatan yang terbaik.
“Kerjasama ini menekankan komitmen Grand Hyatt untuk menyampaikan pengalaman ikonik yang menghormati warisan budaya dan meningkatkan pengalaman menjamu selera untuk para pelanggan.

Bufet Makan Tengahari ini berharga RM128 bagi dewasa dan RM64 untuk kanak-kanak, manakala bufet makan malam Gerai@JP berharga RM158 untuk dewasa, dengan santapan percuma untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Untuk tempahan, e-mel jpteres.kuagh@hyatt.com atau hubungi 012-621 9869.
