IMG_20241231_091825_180

Putrajaya – VFive Group menutup tirai 2024 dengan melancarkan lima (5) pengurusan strategi bagi tahun 2025 disamping menyasarkan untuk melebarkan sayap dengan meneroka industri baharu meliputi pembangunan hartanah, konsesi dan tenaga boleh diperbaharui

Pelancaran tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Syafiq Abdullah yang lebih menekankan sasaran strategik antaranya; nilai-nilai islam, kelestarian kumpulan, komited yang tinggi, mengoptimumkan pelanggan dan nilai kemanusiaan.

“Lima strategi yang kami susun ini untuk membina satu perubahan dan perkembangan baik kepada syarikat, ini juga sebagai satu usaha mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.

“Ia juga sejajar dengan bidang baru yang akan diteroka pada tahun hadapan sebagai langkah progresif perniagaan selain impak meluas dalam kalangan pemain industri terutama bumiputera” katanya dalam sidang media di hotel Marriot Putrajaya disini malam tadi.

Jelasnya lagi, bagi sektor pembangunan hartanah, beberapa kawasan sub-urban di negeri Selangor, Johor, Putrajaya dan Kelantan telah dikenal pasti untuk dibangun dan dimajukan.

“Kita telah mengenal pasti beberapa lokasi untuk projek perumahan mampu milik yang tidak tertakluk untuk golongan B40 sahaja malah turut memfokuskan kepada golongan M40 juga.

“Selain dari projek perumahan, terdapat juga beberapa projek pembangunan lain yang telah dicadangkan dan akan dirangka bermula pada tahun hadapan” ujarnya lagi.

Sejajar dengan usaha nilai kemanusiaan, industri baru ini juga merupakan usaha syarikat melestari pemerkasaan kemahiran di kalangan kakitangannya disamping membuka peluang pekerjaan baharu kepada orang ramai.

Dalam perkembangan sama, syarikat menyasarkan untuk meningkatkan peruntukan sumbangan kebajikan sebanyak RM30 juta bagi membantu golongan yang memerlukan.

Mengulas mengenai kejayaan inisiatif CSR pada tahun 2024, Mohd Syafiq Abdullah menegaskan bahawa beliau cukup yakin aspek keberkatan memberi impak yang sangat besar dalam perniagaan.

“Untuk tahun hadapan, sasaran sumbangan ditingkatkan 1 kali ganda dan kami akan melaksanakan lebih banyak inisiatif untuk membantu komuniti-komuniti yang memerlukan.

Tambahnya, inisiatif-inisiatif yang akan diperluaskan lagi menerusi Yayasan VFive termasuklah Program Kembara Beras Amal, Berkat Jumaat, Gerobok Rezeki, Sumbangan Bakul Makanan dan pelbagai lagi program pembangunan modal insan komuniti untuk mereka yang kurang berkemampuan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading