Seperti yang dijanjikan, Team Malaysianews TV berkesempatan mencuba sendiri kehebatanSamsung Galaxy S25. Boleh kami katakan ini adalah telefon pintar paling ringan, elegan dan banyak fungsi dengan gabungan AI yang harus jadi pilihan bagi anda.
Seperti Reaksi Pertama kami sebelum ini, anda boleh lihat beberapa spesifikasi hebat yang kami telah tekankan. Kali ini kami terangkan lebih mendalam mengapa Samsung Galaxy S25 wajib jadi pilihan anda.

Samsung Malaysia mengumumkan pelancaran siri Galaxy S25 yang direka untuk mendefinisikan semula pengalaman mudah alih melalui teknologi True AI Companion.
Dengan gabungan keupayaan AI multimodal dan sistem operasi One UI 7, siri ini menawarkan pendekatan revolusioner terhadap interaksi digital, menjadikannya telefon pintar paling intuitif dan berkuasa. Teknologi baharu ini direka untuk meningkatkan cara pengguna berinteraksi dengan peranti mereka.
Apa ada dalam kotak?
- Telefon pintar Samsung Galaxy S25
- Kabel type C
- Pin
- Manual
- Warranty card

Rekaan ‘Paling Smart’
Dari segi rekaan mungkin boleh dikatakan yang Galaxy S25 hadir dengan rekaan yang hampir sama seperti model sebelumnya. Namun begitu, Samsung masih membawakan perubahan untuk menjadikan peranti ini lebih menonjol berbanding generasi sebelumnya.
Galaxy S25 hadir dengan rekaan yang berkotak dengan sisi jenis rata menjadikan peranti ini selesa untuk dipegang. Walaupun menggunakan rekaan yang sama namun Galaxy S25 kini 0.4mm lebih nipis dan 5 gram lebih ringan berbanding Galaxy S24.

Samsung Galaxy S25 direka dengan kerangka kaca seramik yang tahan lasak dan hadir dalam pelbagai warna eksklusif memberikan sentuhan mewah yang sempurna untuk gaya anda.
Masih menggunakan kemasan jenis kesat pada bahagian bingkai dan juga panel belakang. Dengan menggunakan kemasan jenis kesat ia bukan sahaja tidak meninggalkan kesan cap jari tetapi turut memberi cengkaman yang lebih baik. Selain itu, Galaxy S25 masih menggunakan binaan Armor Aluminium dan menyokong penarafan IP68.
Perisian lebih dari biasa
Samsung tidak lagi menggunakan cip Exynos sebaliknya menggunakan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy. Seperti namanya, cip ini direka khas untuk Samsung dan lebih berkuasa berbanding Snapdragon 8 Elite biasa yang digunakan pada kebanyakkan pengeluar.
Menurut Samsung, cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy ini menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 37%, GPU sehingga 30% dan NPU sehingga 40% berbanding cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy atau cip Exynos 2400 yang digunakan pada siri Galaxy S24.

Cip ini turut menawarkan pemprosesan imej AI yang lebih baik sekaligus memberikan peningkatan sehingga 40% dalam kualiti penskalaan imej. Sepanjang percubaan kami, tiada sebarang masalah berkenaan dengan prestasi yang kami hadapi. Prestasi yang ditawarkan cip ini sangat memberangsangkan.
Selain itu, tiada masalah kepanasan yang melampau dikesan pada peranti ini. Ini disebabkan oleh Samsung telah menambahbaik sistem penyejukkan sekaligus menjanjikan suhu peranti sentiasa berada di paras yang optimum. Apa yang boleh dikatakan, prestasi yang ditawarkan pada peranti ini sememangnya mengagumkan sesuai untuk pelbagai kegunaan dan tugas.
Fungsi AI maksimum
Sistem pengimejannya juga hadir dengan ProVisual Engine generasi terkini, keupayaan merakam 10-bit HDR, ada Audio Eraser serta sokongan rakaman berformat Log.

Antara fungsi Galaxy AI baru yang dibawakan pada Galaxy S25 adalah seperti Audio Eraser, Gallery Search, Now Brief, Auto Trim dan banyak lagi. Untuk Audio Eraser, ia membolehkan pengguna memadam bunyi bising pada video manakala Gallery Search pula memudahkan carian imej dan video dengan merujuk kepada lokasi kandungan. Now Brief pula memberikan rangkuman aktiviti pada waktu pagi dan malam sementara Auto Trim akan menyunting dan menganalisis video yang dipilih seterusnya menghasilkan video yang lebih menarik.

Dengan ciri seperti Audio Eraser, bunyi latar yang mengganggu boleh dihapuskan dengan mudah, menjadikan video anda kelihatan profesional – sesuai untuk vlog dan media sosial.
Samsung masih mengekalkan asas yang sama iaitu rekaan minimalis namun kini lebih menarik dengan ikon direka semula, widget serba baru dan pilihan warna palette yang lebih segar. Samsung turut menjanjikan kemas kini yang lebih panjang iaitu sehingga 7 tahun yang merangkumi kemas kini Android dan juga kemas kini keselamatan.

Kamera pintar
Samsung masih mengekalkan konfigurasi kamera yang sama seperti model sebelumnya. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama sebesar 50MP OIS +10MP Telefoto OIS +12MP Ultra Lebar.
Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 12MP. Walaupun menggunakan tetapan kamera yang sama namun ia masih menawarkan kemampuan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Kemampuan kamera peranti ini sememangnya baik untuk pelbagai keadaan. Untuk situasi dengan cahaya yang cukup, peranti ini memberikan hasil imej yang baik dengan warna yang vibrant dan perincian imej dapat dikekalkan. Pada keadaan kurang cahaya pula, cenderung untuk menghasilkan imej dengan dynamic range yang tinggi namun hasil imej yang diberikan masih lagi baik.

Kemampuan kamera telefoto dan potrait pada Galaxy S25 juga baik dengan imej yang dihasilkan nampak tajam, perincian dapat dikekalkan dan potongan bokeh juga kemas. Bukan itu sahaja, Samsung turut menawarkan fungsi filters, membolehkan pengguna mengubahsuai filter atau memuat turun filter untuk digunakan. Untuk video, Galaxy S25 kini menyokong Galaxy-LOG untuk Color Grading dan rakaman video sehingga 8K 30 fps.
Spesifikasi
| Samsung Galaxy S25/ Samsung Galaxy S25+ | Samsung Galaxy S25 Ultra | |
| Skrin | 6.7″ Dynamic AMOLED 2X, LTPO QHD+, 120Hz, HDR10+ 6.2″ Dynamic AMOLED 2X, LTPO FHD+, 120Hz, HDR10+ Corning Gorilla Glass Victus 2 | 6.9″ Dynamic AMOLED 2X, LTPO WQHD+, 120Hz, HDR10+ Corning Gorilla Armor 2 |
| Pemproses | Qualcomm Snapdragon 8 Elite for Galaxy (3nm) | Qualcomm Snapdragon 8 Elite for Galaxy (3nm) |
| Cip | 2x Oryon V2 Phoenix L 4.47 GHz 6 xOryon V2 Phoenix M 3.53 GHz | 2x Oryon V2 Phoenix L 4.47 GHz 6 xOryon V2 Phoenix M 3.53 GHz |
| GPU | Adreno 830 | Adreno 830 |
| RAM | 12GB LPDDRR5x | 12GB LPDDRR5x |
| Storan | 256/512GB UFS 4.0 | 256/512/1000 GB UFS 4.0 |
| Kamera Utama | 50MP f/1.8, OIS (Sudut Lebar) 12MP f/2.2 (Ultra Sudut Lebar) 10MP f/2.4, OIS (Telefoto 3X) | 200MP f/1.7, OIS (Sudut Lebar) 50MP f/1.9 (Ultra Sudut Lebar) 10MP f/2.4, OIS (Telefoto 3X) 50MP f/3.4, OIS (Telefoto 5X) |
| Kamera Hadapan | 12 MP f/2.2 | 12 MP f/2.2 |
| Bateri | 4900/4000 mAh Pengecasan berwayar 45W/25W Pengecasan nirwayar 15W | 5000 mAh Pengecasan berwayar 45W Pengecasan nirwayar 15W |
| SIM/Telefoni | Dwi SIM/5G | Dwi SIM/5G |
| NFC | Ya | Ya |
| Bicu Audio | Tiada | Tiada |
| Kalis Air | IP68 | IP68 |
| Sistem Imbasan | Cap jari bawah skrin Imbasan wajah | Cap jari bawah skrin Imbasan wajah |
| Harga | Samsung Galaxy S25 RM 3999 (12/256GB) RM 4599 (12/512GB) Samsung Galaxy S25+ RM 4999 (12/1256GB) RM 5599 (12/512GB) | Samsung Galaxy S25 Ultra RM 5999 (12/256GB) RM 6599 (12/512GB) RM 7799 (12/512GB) |
Kesimpulan
Pendapat kami untuk Samsung Galaxy S25 agak kurang memuaskan untuk tahun ini berbanding Samsung Galaxy S23. Ia juga kelihata sedikit kebawah berbanding pencabarnya iaitu Honor 7 Pro.
Siri S25 adalah sekadar siri S23 yang diberikan enjin baharu, perisian lebih terkini dan reka bentuk yang disentuh sedikit sahaja.
Sebagai pengeluar telefon pintar nombor satu dunia, Samsung sepatutnya lebih berani mengolah dan memberi kemajuan transformasi pada siri barunya.
Tumpuan pada perisian adalah bagus tetapi perkakasan harus diberikan tumpuan yang sama.
Di Malaysia jualan Samsung Galaxy S25 dibuka hari ini dengan harga bermula RM3099 untuk 12/256GB. Samsung Galaxy S25+ pula dijual pada harga bermula RM4999 untuk 12/256GB . Akhir sekali Samsung Galaxy S25 Ultra pula dijual pada harga bermula RM5999 untuk 12/256GB.













