Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi setelah setahun meninggalkan kita semua. Sekiranya dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini sekali lagi, peluang yang diberikan itu haruslah digunakan sebaiknya untuk menambahkan amalan dan meningkatkan ketaqwaan. Kerana kita belum tahu andainya kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Sama-samalah kita berdoa pada Allah moga dipanjangkan umur dan ditambahkan amalan kita
Ketibaan waktu berbuka di sepanjang bulan Ramadan merupakan saat yang dinanti-nanti. Rata-rata rakyat Malaysia membeli juadah berbuka di bazar-bazar Ramadan. Masjid-masjid dan surau-surau turut menyediakan juadah berbuka secara percuma. Ada juga yang memilih untuk berbuka dengan cara yang lebih istimewa iaitu dengan hidangan buffet Ramadan.

Waktu berbuka puasa di Malaysia adalah sangat menyeronokkan kerana terdapat pelbagai jenis pilihan yang ada. Dari bazar Ramadan ke kedai makan, malah hotel dan resort juga menyediakan pilihan juadah dalam bentuk buffet Ramadhan bagi umat Islam yang ingin berbuka. Syarikat-syarikat mahupun keluarga dan rakan taulan lazimnya tidak melepaskan peluang untuk berbuka bersama-sama di restoran ataupun hotel pada bulan yang datang setahun sekali ini.
Namun harus diingat, berbuka puasa perlulah berpada-pada dan mengikut kemampuan serta bukan semata-mata didorong nafsu sahaja. Kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar untuk berbelanja dengan membeli makanan yang diinginkan dalam kadar yang berlebihan sehingga tidak habis pada akhirnya. Pembaziran seperti inilah yang tidak patut dilakukan dan harus dielakkan. Buffet Ramadan pastinya menjadi pilihan yang bijak kerana dengan sekali bayaran, pelanggan boleh menikmati semua hidangan yang disediakan
Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadan Di Putrajaya Tahun 2025
Le Meridien, Putrajaya
Tahun ini, bufet Ramadan di Le Meridien adalah bertemakan Destinasi Rasa: Eksplorasi Citarasa Tempatan & Antarabangsa.
Dengar tema sahaja, kita sudah dapat bayangkan pelbagai jenis makanan tempatan dan luar negara yang akan dijamu kepada para tetamu. Kesemua hidangan mengikut citarasa tekak msing-masing yang pastinya membuatkan kita rambang mata untuk memilih.


Pelbagai lauk pauk tradisi ala kampung menjadi pilihan disamping dapat juga mencuba makanan jepun, korea, negara barat dan sebagainya. Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Untuk tempahan awal sebelum 1 Mac adalah RM178 untuk dewasa dan RM89 bagi kanak-kanak. Bagi harga biasa pula, RM208 untuk dewasa dan RM104 bagi kanak-kanak.

Bagi yang ingin membuat tempahan, boelh hubungi 03-86896888 / 6862 atau Whatsapp kepada 012-4073101 / 012-7255101. Anda juga boleh email kepada dining.Imputrajaya@lemeridien.com
Hotel Marriot, Putrajaya
Menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Putrajaya Marriot Hotel mengalu-alukan orang ramai untuk menikmati hidangan bufet berbuka puasa di Restoran Zest Lifestyle bermula 2 Mac depan.
Hidangan itu yang diberi nama ‘Merentasi Tradisi Di Pentas Citarasa’, berkonsepkan makan malam mewah dengan pelbagai pilihan makanan lokal dan antarabangsa dari Timur Tengah.


Menyediakan makanan halal daripada pelbagai menu masakan, pengunjung dapat menikmati menu istimewa yang dimasak secara langsung seperti kambing panggang, sate, kari daging dan sup yang dimasak dalam kuali ‘kawah’, ayam golek serta banyak lagi.
Menu utama yang paling mencuri perhatian pada tahun ini semestinya hidangan ‘Nostalgia 7 Kawah’ yang berkonsepkan masakan Melayu.

Kepelbagaian rempah ratus yang dihimpunkan dalam satu menu masakan, hidangan seperti kari ayam, itik, lembu dan kambing turut disulami dengan ulam-ulaman segar pastinya memenuhi cita rasa pengunjung.
Hidangan pencuci mulut tidak kurang hebatnya apabila terdapat pelbagai buah-buahan, kek, puding roti dan mentega, tapai pulut serta pelbagai jenis bubur yang disediakan dalam pakej bufet kali ini.

Lebih menarik, buah durian tempatan turut disediakan khususnya buat penggemar durian di luar sana yang pastinya enggan melepaskan peluang menikmatinya di bulan Ramadan.
Bufet Ramadan disini disediakan dari 2 Mac sehingga 30 Mac 2025 dari 6.30 petang hingga 10.00 malam.
Bagi yang ingin membuat tempahan, tawaran early bird bermula 17 Januari sehingga 28 Januari dari RM168 untuk dewasa dan RM84 untuk kanak-kanak. Bagi harga biasa adalah RM218 untuk dewasa dan RM109 bagi kanak-kanak.

Boleh hubungi 03-89498888 sambungan ke 1888, Whatsapp ke 011-56855608 atau layari laman web www.marriotputrajaya.com
Hotel Palm Garden Putrajaya
Menjelang bulan suci Ramadan, Hotel Palm Garden yang baru diubah suai, Putrajaya, dan dibuka semula pada November 2023, dengan bangganya memperkenalkan Bufet Iftar Citarasa Kita yang dinanti-nantikan. Berlangsung dari 2 hingga 30 Mac 2025, bufet mewah ini, diterajui oleh Cef Eksekutif Irwan dan pasukannya yang berbakat, menjanjikan perjalanan kulinari melalui citarasa Malaysia yang dihargai.
Bufet Iftar Citarasa Kita meraikan rasa yang kaya dan pelbagai digemari oleh rakyat Malaysia. Diadakan dalam suasana elegan Palms Café ini menampilkan persediaan bertemakan batik tradisi melengkapkan hiasan dalaman moden dan ala kampung.

Bufet dimulakan dengan pelbagai hidangan pembuka selera, aneka kerabu dan makanan laut yang cukup menyelerakan. Para tetamu boleh menikmati hidangan ikonik seperti Kambing Masak Hitam, Gulai Masak Udang, Nasi Ayam dengan pilihan Ayam atau Itik Panggang, udang Nestum gaya Cina, tulang rusuk daging lembu panggang, salmon panggang dan beberapa makanan vegetarian India Aloo Gobi atau Baigan Masala.


Terdapat juga sudut aneka roti dengan Murtabak, Roti Planta, Roti John, Roti Jala dan juga Tortilla ayam.
Ketika pengunjung menikmati jamuan gastronomi ini, mereka akan dihiburkan dengan alunan penuh semangat dari kumpulan Ghazal yang berbakat, menambahkan sentuhan tradisi kepada pengalaman itu. Dapur hotel ini juga telah memperolehi sijil Halal JAKIM.

Untuk tempahan dan pertanyaan, anda hubungi talian 603 89432233 atau whatsapp 6012 8714101. Harga early bird sehinnga 15 Mac, RM134 bagi dewasa dan RM67 untuk kanak-kanak. Manakala harga biasa, RM168 untuk dewasa dan RM84 kanak-kanak.
