89b1eaad-d452-4aa7-83cd-d8e0dfe71a55

Kuala Lumpur – Sebanyak 24 buah jenama fesyen terkenal dihimpunkan dalam satu platform jualan CirKLe yang berlangsung di The Campus, Ampang selama 10 hari bermula 17 Mac sehingga 26 Mac ini.

Pengasas dan juga pempengaruh fesyen, Minluna berkata platform jualan yang baru pertama kali berlangsung ini bukan sekadar pop-up bertemakan universiti, namun ia lebih kepada penghormatan kepada jenama-jenama lokal bertemu para pelanggan secara fizikal. Secara tidak langsung, memperkenalkan jenama ini dengan lebih meluas.

“Pemilihan The Campus sebagai lokasi kerana kita inginkan kelainan, banyak ekspo-ekspo jualan raya berlangsung dan disini lebih sesuai dengan tema yang kami bawakan.

“Disini terdapat banyak kemudahan seperti pasaraya Qura, bakeri, restoran, tempat rehat dan sebagainya yang memudahkan orang ramai membeli belah disamping berbuka puasa.

“Jika dilihat, setiap booth jualan lebih terbuka dan luas sesuai bagi pelanggan melihat barangan jualan dan memudahkan pelanggan yang membawa anak-anak” katanya.

Tambahnya, platform CirKLe ini mengumpulkan pereka tempatan berwibawa, ikon industri dan individu kreatif untuk meraikan idea baharu.

Platform jualan CirKLe juga turut menyediakan satu ruang yang direka sebagai studio gambar bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mengambil gambar bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Studio ini direka dengan design minimalis bagi menaikkan pakaian yang akan digayakan, jadi sesiapa sahaja boleh datang kesini dan bergambar bersama yang tersayang dengan pakaian raya dengan harga serendah RM 210 sahaja” uajarnya lagi.

Sementara itu, CirKLe turut menjemput Ustaz  Wahid dan Ustazah Liyana Musfirah berganding bahu dalam perkongsian usrah khas menjelang Ramadan. Bertajuk A Night Worth A Lifetime: Unlocking The Treasures of Lailatul Qadr.

Para pengunjung yang membeli belah disini juga berpeluang memenangi cabutan bertuah yang disediakan.

Minluna juga berharap kelahiran cirKLe bukan sahaja mencipta pengalaman pop-up yang istimewa, tetapi juga membina ruang bagi pereka tempatan dan jenama kesayangan ramai untuk berkembang dengan identiti tersendiri.

Antara jenama yang menyertai CirKLe antaranya:

Jenama Fesyen (cirKLe School of Fashion)
  • HIAS
  • SHALS
  • Nazifi Nasri
  • Hanya
  • Khatam
  • Poplook
  • Ruhi
  • Petra
  • Larney
  • Matakh
  • Ana Abu
  • Gung
  • Elhana
  • Besties Club
  • Dally
  • Sekian
  • Harirose
  • Nan Indah
  • Syomirizwa Gupta
Jenama Kecantikan (cirKLe School of Cosmetics)
  • The Body Shop
  • Fira & Lisa
  • Velvet Vanity
Jenama Makanan (cirKLe School of Culinary)
  • That Last Slice
  • The Skinny Bakers
Jenama Gaya Hidup Muslim (cirKLe School of Islamic Studies)
  • Qalby App

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading