DSC08591

Kuala Lumpur – Buat julung kalinya Suria FM dengan kerjasama Yaya Empire mempersembahkan sebuah drama raya berkonsepkan isu kesihatan mental yang berjudul ‘Hayati’.

Istimewanya drama raya tahun ini, Suria FM mengangkat nilai kekeluargaan bukan dari golongan biasa, tetapi lebih menumpukan kepada kumpulan pesakit mental ataupun untuk mengajak penonton bersama-sama menghargai insan kurang bernasib baik itu.

Berkisahkan tragedi kemalangan yang mengubah kehidupan individu, kejadian tersebut memaksa mereka melalui perjalanan penyembuhan yang penuh cabaran berliku.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid, 49, ataupun DJ Lin berkata, ia merupakan drama raya ketujuh diterbitkan sejak 2019.

“Penghasilan drama raya tahun ini merupakan projek terbesar yang pernah dihasilkan dari sudut skala dan tempoh penggambaran di lokasi.

“Drama ini menjalani penggambaran selama tujuh hari di sekitar Lembah Klang, dengan sebahagian besar babak dirakam pada waktu malam hingga ke awal pagi. 

“Antara cabaran terbesar adalah penggambaran melibatkan babak bas yang memerlukan masa selama tiga hari untuk diselesaikan selain keadaan cuaca yang tidak menentu juga memberi cabaran kepada kami,” katanya pada majlis sidang media yang berlangsung di Mutiara Damansara pada Rabu.

DJ Lin ketika berucap pada sidang media yang berlangsung di hotel Royal Chulan, Mutiara Damansara pada Rabu.

Mulai menuai idea dan skrip drama sejak September 2024, penggambaran drama itu dijalankan sekitar bulan lalu di beberapa lokasi ibu negara.

Selain barisan penyampai Suria, drama berkenaan turut dibintangi pelakon popular, Sherie Merlis, Hasnul Rahmat, Anas Ridzuan dan Hawra Jamalullail. 

‘Hayati’ akan mula ditayangkan di Facebook Suria FM dan di You Tube Suria TV, pada Khamis bermula pukul 12 tengahari. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading