4f99a210-52db-49b5-91d0-e26ad8edcf26

Putrajaya – Pusat beli belah, Alamanda menampilkan tema syawal ala Maghribi sama seperti di KLCC. Ruang Centre Court dihiasi dalam warna biru diraja dan emas berkilauan, menampilkan kubah tertutup yang dihiasi dengan unjuran interaktif yang menakjubkan. Tanglung Maghribi memancarkan corak cahaya yang mempesona, manakala lengkungan tradisional yang megah menghidupkan suasana halaman istana yang indah.

Tema ala Maghribi ini bermula Dari 7 Mac hingga 6 April di Alamanda yang bakal memberi suasana baru kepada para pengunjung untuk membeli belah keperluan raya pada tahun ini.

Pada hujung minggu dari 15 hingga 23 Mac, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian Zapin dan Tarian Arab yang penuh warna-warni, diiringi muzik perayaan yang meriah. VIKids juga berpeluang menyertai ’Moroccan Glass Painting’ pada hari Sabtu dan Ahad dalam tempoh tersebut.

Pembeli yang berbelanja RM700 dalam dua resit di kedai khusus akan menerima satu set Sampul Raya dan balang kuih kaca. Mereka yang berbelanja RM1,500 dan ke atas akan menerima ganjaran sama serta e-Baucar Beli-belah Alamanda bernilai RM50.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif CSR, kanak-kanak dari rumah kebajikan YAYAKEM akan dijemput ke Alamanda pada 20 Mac untuk membeli Baju Raya, menikmati persembahan perayaan, menerima Duit Raya, dan berbuka puasa bersama media.


’Green Ribbon Pin’ turut dijual pada harga RM10 sepanjang kempen Hari Raya Alamanda bagi menyokong inisiatif kesedaran kesihatan mental oleh Kumpulan Suria KLCC, dengan hasil jualan disalurkan kepada NGO berkaitan.

Untuk info lanjut dan terkini, layari, www.alamanda.com.my dan www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading