PIXX-20250414-ABDULLAH-2

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam pada Isnin.

Berita duka itu dikongsikan menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Instagram sebentar tadi.

“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7:10pm di Institut Jantung Negara, KL.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Al Fatihah,” catat Khairy.

Arwah merupakan PM kelima apabila dilantik pada 31 Oktober 2003 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan beliau.

Tun Abdullah memimpin negara selama enam tahun sebelum beliau sendiri meletakkan jawatan dan digantikan timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada 2 April 2009.

Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan seorang balu, Tun Jeanne Abdullah dan empat orang anak.

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera untuk bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading