Untitled

KUALA LUMPUR – Pelakon, Edika Yusof yang meruntun hati peminatnya kerana menjaga isteri yang lumpuh selama 19 tahun, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Ia selepas prosiding mahkamah merekodkan talak pada jam 10.42 pagi oleh Edika, 58, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid terhadap Nor Hidayah Yusri, 47, di hadapan Hakim Syarie, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.

Sebelum ini, pelakon era 90-an itu bersetuju untuk melafazkan talak selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai oleh Nor Hidayah selaku plaintif.

Selesai menjatuhi talak, Edika kelihatan sugul sementara Nor Hidayah yang berkerusi roda mengalirkan air mata sebelum keluar dari kamar mahkamah.

Hakim syarie kemudiannya mengesahkan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Beliau mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan wanita itu menjalani tempoh idah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perpisahan berkenaan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading