501565291_1238179111012668_4526569898013712683_n

Kuala Lumpur – Konsert Desaku Mendunia yang menggegarkan Auditorium Seri Angkasa selama dua hari dengan menggabungkan irama serta orkestra bagi meraikan pencapaian kumpulan Malaysian Wind Orchestra (MAWO) berlangsung dengan jayanya.

Konsert anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta Kementerian Komunikasi itu berlangsung pada 27 dan 28 Mei ini. Konsert ini juga turut menampilkan artis terkenal tanah air seperti Dato’ Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah, Yabang, Datuk Suhaimi Sulaiman, Zeppo Youngsters dan ramai lagi.

Dalam perkembangan sama, Seramai 59 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab, FELDA Trolak terpilih mewakili negara pada pertandingan orkestra antarabangsa di Prague, Republik Czech pada 15 Jun.

Penyertaan Maremaf Wind Orchestra (MAWO) yang menghimpunkan pelajar cemerlang daripada kalangan generasi muda FELDA, menjadi lambang kejayaan pendidikan holistik yang ditawarkan MARA kepada anak-anak peneroka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penglibatan MAWO sebagai satu pencapaian besar bukan sahaja untuk MRSM Ulul Albab, malah turut mengharumkan nama FELDA, MARA, dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di pentas dunia.

“Mereka bukan sahaja mewakili MRSM atau FELDA, tetapi membawa nama negara. Saya doakan kejayaan mereka di Prague nanti.

“Ini merupakan satu manifestasi jelas bahawa pendidikan holistik dan pembangunan insaniah yang diterapkan di MRSM FELDA mampu melahirkan anak bangsa bertaraf dunia baik dalam bidang akademik, keusahawanan dan kini juga seni muzik” katanya selepas menyaksikan rakaman Konsert Desaku Mendunia dan Majlis Prapelancaran Mega Karnival 3 Dimensi di Angkasapuri, yang turut menampilkan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman bersama MAWO.

Beliau yang juga Presiden UMNO turut melancarkan Pra-Pelancaran Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) yang menjadi simbol sinergi antara agensi kerajaan untuk memperkasa ekonomi luar bandar dan melonjakkan potensi usahawan desa sebagai pemacu kemajuan negara pada majlis sama.

Rakaman konsert ini yang akan disiarkan pada 31 Mei di TV2 jam 9.00 malam.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading