BTR56007-opq3008714520

Petaling Jaya – Jenama makanan dan minuman milik bumiputera, Gula Cakery, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila merasmikan pembukaan cawangan ke-16 di pusat beli-belah ikonik, The Curve, Damansara.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Gula Cakery, Arieni Ritzal, pemilihan lokasi strategik ini bukan sekadar memperluaskan capaian jenama, tetapi turut membawa simbolik besar dalam perkembangan Gula Cakery sebagai peneraju jenama halal yang berteraskan nilai tempatan, cita rasa global.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Gula Cakery, Arieni Ritzal

“Pembukaan ini adalah satu penghormatan kerana ia hadir atas jemputan rasmi pihak pengurusan The Curve sendiri. Ia membuktikan kekuatan jenama kami yang semakin diyakini dan diterima oleh pasaran premium.

“Insya Allah, kami akan buka dua lagi cawangan baru pada Oktober ini di KLGCC dan perancangan seterusnya mungkin akan diperluas ke negeri-negeri lain seluruh Malaysia” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian disini.

Flagship Store dengan Sentuhan Eksklusif

Menampilkan konsep flagship experience, cawangan ini tampil dengan suasana elegan berinspirasikan reka bentuk kafe Eropah. Pencahayaan hangat, dekorasi kontemporari serta tata letak luas mewujudkan pengalaman makan yang mesra tetapi eksklusif.

Selain kek ikonik yang menjadi teras jenama, menu di cawangan ini turut memperkenalkan sajian unik yang menggabungkan hidangan dari tiga budaya Mexican, Western dan tempatan bagi mencipta pengalaman gastronomi pelbagai dimensi untuk para pelanggan.

Mengulas cabaran industri F&B, Nor Arieni berkata pihaknya komited mengekalkan standard tinggi menerusi pelbagai inisiatif dalaman.

YB Khairy Jamaludin merasmikan pembukaan cawangan Gula Cakery ke-16

“Kami memperkukuh sistem operasi, latihan kakitangan, dan kawalan kos bahan mentah. Kami juga memberi tumpuan kepada kesejahteraan pasukan agar prestasi tidak sekadar cemerlang, tetapi mampan.

“Setiap perniagaan pastinya ada cabaran lebih-lebih lagi saya seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak, jadi pembahagian masa sangatlah penting dalam menguruskan kehidupan dan 16 buah cawangan kafe pada masa ini. ujarnya.

Jelasnya lagi, dapur sentral Gula Cakery miliknya telah memiliki pengiktirafan halal JAKIM dan kini dalam proses permohonan sijil halal bagi kesemua kafe pula.

Dari Rumah ke Rantaian Nasional

Bermula dari dapur rumah lebih sedekad lalu, Gula Cakery kini memiliki 16 cawangan di seluruh negara, menawarkan lebih daripada 200 perisa kek original yang dihasilkan segar setiap hari. Keunikan jenama ini terletak pada layanan mesra pelanggan yang konsisten serta pendekatan “feel at home” yang sentiasa dikekalkan walau di lokasi mewah sekalipun.

“Kami mahu cawangan ini bukan sekadar tempat makan, tetapi ruang meraikan detik istimewa bersama insan tersayang,” tambahnya.

Menariknya, pelancaran cawangan di The Curve turut diinspirasikan oleh penyertaan Nor Arieni dalam Program Leadership Execution and Action Planning (LEAP) di Universiti Oxford, United Kingdom. Program tersebut membuka perspektif baharu dalam aspek kepimpinan, strategi, dan budaya kerja.

“Oxford membina keyakinan bahawa jenama tempatan seperti Gula Cakery mampu bertanding di pentas antarabangsa, tanpa menjejaskan identiti dan nilai asal,” jelas beliau lagi.

Arieni Ritzal bersama kakitangan Gula Cakery, The Curve

Dengan lebih 200 jenis kek di bawah jenamanya, Gula Cakery telah menarik ramai peminat setia dari kalangan keluarga urban sejak penubuhannya pada tahun 2015.

Gula Cakery bukan sahaja dikenali sebagai antara jenama kek bumiputera paling berjaya di Malaysia namun kombinasi kreativiti, inovasi dan nilai sentimental yang ditawarkan mencipta satu pengalaman dari rasa hingga suasana.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading