1

KUALA LUMPUR – Sejak awal pagi, ribuan perkongsian di media sosial menunjukkan hujan berterusan dan angin kencang di pelbagai kawasan di seluruh Semenanjung dipercayai dipicu oleh kedatangan Ribut Tropika Senyar.

Pengguna media sosial melaporkan hujan dan angin kuat di beberapa lokasi seperti Melaka, Banting, Kajang dan Shah Alam. Sesetengah mendakwa hujan turun tanpa henti sejak semalam, manakala yang lain berkongsi pengalaman angin kencang yang mengejutkan.

Seorang pengguna dari Shah Alam menulis: “Seksyen 13 masih hujan dan tak berhenti,” manakala di Banting pula laporan angin kuat mendapat perhatian ramai.

Menurut MetMalaysia, Ribut Tropika Senyar kini dikesan menghampiri perairan negara kira-kira 102 kilometer ke barat daya Lumut, Perak dan dijangka membawa hujan lebat, angin kencang serta laut bergelora di kawasan barat dan tengah Semenanjung.

Anggaran hujan berterusan boleh mencecah 200–300 milimeter dalam tempoh 24 jam, meningkatkan risiko banjir kilat, limpahan sungai dan pokok tumbang di kawasan rendah dan tepi sungai.

Bagi negeri seperti Selangor, kerajaan negeri telah mengaktifkan 1,173 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan kapasiti sehingga 244,000 orang sebagai persediaan jika berlaku banjir besar.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga diarahkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan kejadian kecemasan seperti pokok tumbang, tanah runtuh atau banjir kilat.

Orang ramai sentiasa dinasihatkan untuk menyemak amaran rasmi cuaca melalui laman web atau media rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca.

Selain itu, elakkan melakukan aktiviti luar terutama di kawasan pesisir pantai, sungai atau lokasi berisiko banjir dan angin kencang. Sediakan bekalan asas dan kenali laluan keselamatan atau PPS berdekatan jika perlu berpindah.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading