Taman Safari Bogor merupakan salah satu destinasi pelancongan keluarga paling terkenal di Indonesia, khususnya bagi pencinta alam dan hidupan liar. Terletak di kawasan sejuk dan menghijau di Puncak, Bogor, Jawa Barat, taman safari ini menawarkan pengalaman unik berbeza daripada kebun binatang konvensional kerana haiwan dipelihara dalam persekitaran yang hampir menyerupai habitat semula jadi mereka.

Latar Belakang dan Lokasi
Taman Safari Bogor mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1980 dan terletak di Jalan Raya Puncak, Cisarua, Bogor. Berada pada ketinggian kira-kira 900 hingga 1,800 meter dari paras laut, kawasan ini terkenal dengan cuaca yang sejuk, udara segar serta pemandangan alam semula jadi yang indah, menjadikannya lokasi ideal untuk pemeliharaan haiwan.
Taman Safari Bogor merupakan sebahagian daripada rangkaian Taman Safari Indonesia, selain Taman Safari Prigen di Jawa Timur dan Taman Safari Bali.




Konsep dan Keunikan
Keistimewaan utama Taman Safari Bogor ialah konsep “safari”, di mana pengunjung boleh melihat haiwan secara dekat dari dalam kenderaan persendirian atau bas khas taman safari. Haiwan seperti singa, harimau, zebra, gajah dan jerapah dilepaskan di kawasan luas tanpa sangkar besi, manakala manusia berada dalam kenderaan yang terkawal memberikan pengalaman seakan-akan berada di safari sebenar.
Konsep ini bukan sahaja menarik, malah mendidik pengunjung tentang kepentingan pemeliharaan hidupan liar dan keseimbangan ekosistem.
Tarikan Utama
Antara tarikan utama di Taman Safari Bogor ialah:
- Safari Siang
Pengunjung dapat menyaksikan pelbagai spesies haiwan tempatan dan antarabangsa dari jarak dekat, termasuk haiwan yang jarang ditemui dan terancam. - Safari Malam
Pengalaman unik melihat tingkah laku haiwan nokturnal pada waktu malam menggunakan kenderaan khas dengan pemandu berpengalaman. - Baby Zoo
Kawasan interaksi mesra keluarga di mana pengunjung boleh melihat dan bergambar bersama anak-anak haiwan di bawah pengawasan ketat. - Elephant Trail
Aktiviti menunggang gajah sambil menikmati pemandangan hutan tropika. - Pertunjukan Haiwan
Persembahan mendidik oleh haiwan terlatih seperti gajah, singa laut, burung dan harimau yang menekankan elemen pendidikan dan kesedaran alam sekitar. - Istana Panda – melihat panda dengan lebih dekat




Kemudahan dan Aktiviti
Selain tarikan hidupan liar, Taman Safari Bogor turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti:
- Restoran dan kafe
- Kawasan permainan kanak-kanak
- Taman rekreasi dan aktiviti lasak (outbound)
- Kedai cenderamata
- Kemudahan penginapan seperti safari lodge dan vila di tepi tasik
Kemudahan penginapan ini membolehkan pengunjung menikmati suasana alam semula jadi dengan lebih lama serta merasai pengalaman bermalam berdekatan habitat haiwan.




Peranan dalam Pemuliharaan
Taman Safari Bogor juga berperanan penting dalam pemuliharaan dan pembiakan haiwan terancam, menjalankan penyelidikan saintifik serta pendidikan alam sekitar. Pelbagai program kesedaran dijalankan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan melindungi hidupan liar dan alam semula jadi.
Secara keseluruhannya, Taman Safari Bogor bukan sekadar destinasi pelancongan, tetapi sebuah pusat pendidikan, pemuliharaan dan rekreasi yang lengkap. Gabungan keindahan alam, pengalaman safari yang unik serta nilai pembelajaran menjadikannya antara taman safari bertaraf dunia yang wajib dikunjungi, khususnya bagi keluarga dan pencinta alam.




Percutian bersama keluarga kadangkala sukar untuk memilih lokasi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Jika anda mencari tempat yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada anak-anak, Taman Safari Indonesia adalah pilihan yang tepat.
Taman safari ini mempunyai beberapa lokasi termasuk Jakarta, Bogor, Solo, Prigen dan Bali, dan semua cabangnya menawarkan pengalaman yang hampir sama seronok tetapi turut mempunyai unsur pendidikan.
Berbeza dengan zoo biasa, di Taman Safari pengunjung dapat melihat hidupan liar dari dekat dalam suasana yang lebih semula jadi, di mana anak-anak boleh belajar mengenai satwa dan habitatnya secara langsung. Ini bukan sahaja membuat percutian lebih menyeronokkan, tetapi juga memberi peluang pendidikan yang santai dan bermakna.
Pengalaman Taman Safari Bogor: Mesra Keluarga dan Anak-Anak
Pengalaman Malaysianews TV setibanya di Taman Safari Bogor sememanganya satu pengalaman yang sukar dilupakan. Kami disambut dengan layanan hospitaliti terbaik dari staf dan servis disini. Dengan deruan air, bunyi haiwan dan senyuman, ini membuktikan Taman Safari Bogor bukan sekadar lokasi ‘healing’ tetapi ia lebih kepada mencipta kenangan bersama keluarga tersayang.
Selain pengalaman mengenali pelbagai haiwan, taman ini juga menyediakan fasiliti yang lengkap dan mesra kanak-kanak. Setiap kawasan taman, dari laluan safari hingga zon permainan dan interaksi haiwan, direka untuk memberi keselesaan dan keselamatan kepada semua pengunjung.





Untuk memastikan anak-anak sentiasa selesa, Taman Safari Bogor juga menawarkan penyewaan stroller, supaya walaupun anda tidak membawa stroller sendiri, anak kecil tetap dapat menikmati masa kunjungan mereka dengan selesa.
Program pembelajaran yang digabungkan dengan teknologi moden dan pendekatan mesra kanak-kanak menjadikan setiap lawatan terasa seperti pengembaraan yang berfaedah dan menyeronokkan. Komitmen terhadap keselamatan juga sangat ketat supaya setiap keluarga dapat menikmati pengalaman bersama satwa dengan tenang dan aman. Atas usaha ini, Taman Safari Bogor pernah menerima Penghargaan Inovasi Taman Mainan Mesra Anak dari Asosiasi Perusahaan Sahabat Anak Indonesia (APSAI).
Selain bertemu dengan pelbagai haiwan eksotik, perjalanan kulinari di Taman Safari Bogor juga jadi pengalaman yang menarik. Taman safari ini mempunyai tujuh pusat makanan yang sesuai untuk rehat dan mengisi tenaga selepas meneroka kawasan yang luas.
Antara tempat makan yang menarik ialah:
- Rimba Foodcourt – pilihan makanan tempatan dan antarabangsa untuk keluarga.
- Rainforest Restaurant – hidangan hangat dengan suasana tropika yang nyaman.
- Cafe Onta – sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati kopi.
- Panda Food Court di Istana Panda – tempat makan yang unik sambil melihat panda.
Tempat makan lain seperti Safari Fried Chicken dan rancangan makanan yang sesuai dengan selera kanak-kanak turut tersedia di kawasan taman ini.
Aktiviti menarik untuk pelbagai peringkat Umur
Taman Safari Bogor tidak hanya menyediakan safari haiwan, tetapi juga pelbagai permainan yang direka untuk semua usia:
- Amusement Park – termasuk kereta mini, bumper car, rumah kaca, dan merry-go-round, sesuai untuk kanak-kanak.
- Safari Water Park – taman air dengan kolam selamat dan gelongsor air untuk anak-anak bermain.
- Pertunjukan Satwa – persembahan seperti persembahan ikan dolphin, harimau dan aksi motor Globe of Death yang menarik dan mendidik.



Selain itu, terdapat juga aktiviti interaktif seperti memberi makan haiwan, pelbagai pengalaman bersama satwa yang dinamakan Special Experience, dan aktiviti lain seperti:
- Feline Feeding Adventure – melihat singa makan dari jarak yang dikawal dengan baik.
- Feeding Giraffe – memberi makan jerapah secara langsung.
- Feeding Penguin – pengalaman memberi makan penguin Humboldt di habitat khusus.
- Animal Ride – peluang menunggang unta atau kuda sambil meneroka kawasan taman.
Semua aktiviti ini direka bukan hanya untuk hiburan, tetapi juga untuk memberi pengalaman pembelajaran tentang satwa dan sifat semula jadi mereka.
Aktiviti Edukatif dan Program Konservasi
Taman Safari Indonesia menekankan pembelajaran dan konservasi. Terdapat program mini-workshop, permainan edukatif, dan sesi pengenalan satwa yang dibuat supaya lebih mudah difahami oleh anak-anak.
Program seperti Taman Safari Goes to School juga membawa pengalaman langsung bersama haiwan ke sekolah-sekolah, memberi pelajar peluang belajar tentang tingkah laku, habitat dan peranan penting satwa dalam ekosistem serta kesedaran tentang pemeliharaan alam.


Pengalaman di Taman Safari Bogor digambarkan sebagai gabungan pengembaraan safari, interaksi dengan haiwan, dan aktiviti keluarga yang menyeronokkan. Namun, ramai pengunjung menekankan kepatuhan kepada peraturan keselamatan dan kesediaan menghadapi ramai pengunjung pada musim cuti.


Kami amat merekomendasi lokasi ini sebagai ‘wishlist‘ percutian setiap tahun. Anda boleh pilih mana-mana rangkaian Taman Safari Indonesia. Apa yag boleh disimpulkan, lokasi ini tidak cukup sehari untuk diteroka. Sekurang-kurangnya perlu berada selama dua hari disana.
Satu pengalaman yang tak dapat diterjemah dengan kata-kata. Anda perlu merasai sendiri.




Tips Bercuti di Taman Safari Bersama Keluarga
Beberapa tips supaya lawatan anda bersama keluarga lebih selesa:
- Lawat Taman Safari pada pagi hari atau hari biasa untuk elak kesesakan.
- Pakai pakaian yang selesa dan bawa perkakas seperti topi, sunscreen dan tisu basah.
- Untuk anak kecil, stroller sangat membantu.
- Ada banyak pilihan tempat makan mesra keluarga, tetapi membawa bekalan sendiri juga berguna.
- Sentiasa awasi anak di kawasan sekitar haiwan dan kawasan interaktif.
