A. Aida, Timbalan Speaker DUN Selangor dalam proses kenal hati budi

KUALA LUMPUR –  Hubungan antara penerbit dan pelakon, Datuk A Aida, 55, bersama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Mohd. Kamri Kamaruddin menjadi teka-teki selepas gambar mereka pada majlis iftar anjuran A Aida Productions baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

Gambar itu dimuat naik oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff di Instagram miliknya sambil memohon pengikutnya untuk sama-sama mendoakan hubungan Aida dan Mohd. Kamri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa.

Media sebelum ini pernah melaporkan isteri kepada Mohd Kamri meninggal dunia akibat kanser dua tahun lalu.

Sementara itu, A. Aida menjelaskan, dia dan pemimpin PKR itu baru berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Ibu tunggal itu bagaimanapun mengakui selesa sepanjang berkawan dengan Mohd Kamri yang berstatus duda itu.

“Kami selesa berkawan kerana sama-sama berstatus solo. Dia juga berstatus duda dan isterinya juga sudah meninggal dunia sejak dua tahun lalu.

“Sebab dia berstatus duda itulah kami boleh berkawan kerana saya tidak berminat untuk berkawan dengan suami orang,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya perancangan berkahwin pula, kata A Aida, dia hanya menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah SWT.

“Kalau ada jodoh, adalah. Saya juga mohon kepada semua untuk mendoakan yang baik-baik sahaja buat masa ini,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading