Photo 1 (1)

Kuala Lumpur – Polident, jenama penjagaan gigi palsu terkemuka oleh Haleon Malaysia, hari ini melancarkan kempen Bersamamu, Senyuman Dikembalikan, sebuah inisiatif akses gigi palsu pelbagai sektor yang disokong oleh bukti dan kajian saintifik.

Kempen ini menghimpunkan empat fakulti pergigian universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Universiti MAHSA, bersama Watsons Malaysia, untuk menyediakan gigi palsu penuh secara percuma (rahang atas, rahang bawah atau kedua-duanya) serta pendidikan kesihatan mulut kepada 240 rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan berumur 50 tahun ke atas.

Inisiatif ini dilaksanakan pada saat yang amat penting. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Malaysia (NOHSA), seramai 48.4% orang dewasa di Malaysia memerlukan gigi palsu, namun hanya 16.3% yang memilikinya pada masa ini, sekali gus menunjukkan jurang keperluan yang masih belum dipenuhi.

Berdasarkan program serantau yang telah menyediakan lebih 7,000 set gigi palsu percuma kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan di Filipina dan Indonesia sejak tahun 2023, kempen Bersamamu oleh Polident Malaysia turut merangkumi satu kajian penyelidikan klinikal mengenai hubungan antara akses kepada gigi palsu dan kualiti hidup.

Bercakap mengenai kempen ini, Neelesh Suryavanshee, Pengurus Besar Haleon Malaysia, Singapura dan Brunei berkata:

“Di Haleon, tujuan kami adalah untuk menyediakan kesihatan harian dengan nilai kemanusiaan. Bagi Polident khususnya, kami merealisasikan tujuan ini melalui Bersamamu, sebuah kempen yang dibina berasaskan tiga tonggak yang saling berkait iaitu akses, pendidikan serta penyelidikan mengenai gigi palsu dan penjagaan kesihatan mulut. Namun, usaha ini tidak dapat dilaksanakan secara bersendirian. Oleh itu, kami berbangga dapat menghimpunkan gabungan pelbagai sektor ini dan berharap dapat memperluaskan program ini kepada lebih ramai rakyat Malaysia pada masa hadapan.”

Melalui program ini, seramai 240 warganegara Malaysia berumur 50 tahun ke atas yang kehilangan semua gigi pada rahang atas, rahang bawah atau kedua-duanya akan menerima gigi palsu penuh secara percuma, tertakluk kepada terma dan syarat. Gigi palsu tersebut akan dihasilkan dan dipasang oleh pelajar pergigian Tahun 4 dan Tahun 5 dari UKM, UM, UiTM dan Universiti MAHSA di bawah penyeliaan doktor pergigian yang berpengalaman.

Setelah kajian selesai, setiap pesakit akan menerima kit penjagaan Polident serta panduan berstruktur mengenai kebersihan gigi palsu yang betul. Langkah ini memastikan integriti penyelidikan program dikekalkan sambil membolehkan pesakit mendapat manfaat penuh daripada pendidikan penjagaan gigi palsu yang sewajarnya.

Selain itu, UKM akan mengetuai satu kajian pemerhatian klinikal dua fasa yang menilai Kualiti Hidup Berkaitan Kesihatan Mulut menggunakan rangka kerja OHIP-14 yang telah disahkan. Penilaian susulan akan dijalankan selepas 1 minggu, 3 bulan, 6 bulan dan 12 bulan selepas rawatan. Hasil kajian ini dirancang untuk diterbitkan setelah selesai dan dijangka menyumbang kepada pengukuhan bukti saintifik kesihatan mulut di Malaysia.

Mengulas mengenai kempen dan kajian tersebut, Dr. Hetal Ashvin Kumar, Ketua Penyelidik Utama Kajian Penyelidikan Senyuman Dikembalikan dari Fakulti Pergigian UKM berkata:

“Bersamamu bukan sekadar kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR). Bagi para pelajar daripada empat fakulti pergigian yang terlibat, ia merupakan salah satu pengalaman pembelajaran paling bermakna yang akan mereka lalui. Peserta program ini terdiri daripada rakyat Malaysia yang mungkin sudah bertahun-tahun tidak dapat tersenyum dengan selesa, mengelakkan makanan tertentu, atau berasa kurang yakin walaupun bersama ahli keluarga sendiri. Apabila pelajar menjadi sebahagian daripada perjalanan yang mengembalikan keyakinan dan meningkatkan kualiti hidup seseorang, ia mengubah pemahaman mereka tentang makna sebenar menjaga dan merawat pesakit.”

Watsons Malaysia merupakan rakan runcit rasmi bagi kempen Bersamamu. Dari 1 Jun hingga 31 Julai 2026, setiap pembelian produk Polident di Watsons, sama ada di kedai fizikal atau dalam talian, akan menyumbang RM1 secara langsung kepada dana penyediaan gigi palsu percuma untuk pesakit yang layak, sehingga jumlah maksimum RM80,000.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading