DSC06173 (1)

KUALA LUMPUR – Atomy Malaysia yang mempunyai seramai 600,000 pengguna aktif memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) strategik bersama platform pembangunan jenama, theCOVER ASIA, bagi memperkukuh pembangunan AZA Mall 2.0 serta membangunkan ekosistem e-dagang berasaskan keahlian yang lebih selamat, telus dan dipercayai pengguna.

Majlis pemeteraian itu disempurnakan oleh Pengurus Besar Serantau Atomy Malaysia, Anna Kim, dan Ketua Pegawai Eksekutif theCOVER ASIA, Stephen Wong, dengan disaksikan juara dunia badminton negara serta pemenang pingat Olimpik, Aaron Chia.

Aaron Chia berkata, pengguna masa kini semakin menitikberatkan aspek kualiti produk, ketulenan jenama serta jaminan keselamatan ketika membuat pembelian dalam talian.

Menurut beliau, jenama yang mempunyai pensijilan serta sistem kawalan kualiti yang kukuh lebih mudah mendapat keyakinan pengguna.

“Malaysia mempunyai banyak jenama tempatan yang berpotensi besar untuk berkembang. Saya berharap lebih banyak jenama berkualiti dapat memanfaatkan platform AZA Mall bagi memperluaskan capaian pasaran mereka sambil menawarkan pilihan pembelian yang lebih diyakini kepada pengguna,” katanya.

Memperkasa Ekosistem E-Dagang Berasaskan Kepercayaan

Anna Kim berkata, Atomy Malaysia yang telah beroperasi selama sedekad di negara ini kekal berpegang kepada prinsip “Absolute Quality, Absolute Price” dalam menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna.

Beliau menyifatkan pembangunan AZA Mall 2.0 sebagai satu pencapaian penting yang akan membuka ruang kepada lebih banyak jenama berkualiti untuk berkembang dalam ekosistem e-dagang yang diyakini.

“AZA Mall 2.0 bukan sekadar platform jualan, tetapi sebuah ekosistem yang menggabungkan jaminan kualiti, pembangunan jenama dan kepercayaan pengguna bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan,” katanya.

Melalui kerjasama itu, theCOVER ASIA akan berperanan sebagai rakan strategik jenama kepada AZA Mall 2.0 dengan menyediakan sokongan meliputi perancangan kemasukan jenama, operasi platform, pemasaran kandungan serta promosi pasaran.

Sementara itu, Stephen Wong berkata persaingan dalam industri e-dagang kini tidak lagi hanya bergantung kepada jumlah trafik, sebaliknya kepercayaan pengguna menjadi elemen utama dalam membina kejayaan jangka panjang.

Beliau berkata pengguna semakin mengambil kira faktor seperti asal-usul produk, pensijilan kualiti dan kredibiliti sesebuah jenama sebelum membuat pembelian.

“Kerjasama ini diharap dapat membantu lebih banyak jenama berkualiti memasuki ekosistem e-dagang yang dipercayai dan berdaya saing,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam bidang pembangunan jenama, pemasaran digital, pemasaran atlet serta strategi komunikasi bagi menarik lebih banyak jenama berkualiti menyertai AZA Mall 2.0.

Orang ramai serta syarikat yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang kerjasama sebagai rakan strategik jenama AZA Mall 2.0 boleh mendaftar melalui pautan yang disediakan atau menghubungi pihak berkaitan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading