images (6)

Jika anda seorang gamer tegar yang memerlukan sebuah paparan skrin yang hadir dengan kadar bingkai yang sangat tinggi, Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan paparan skrin gaming terbaru mereka, iaitu kemaskini kepada paparan skrin gaming Samsung Odyssey G6 yang kini hadir dengan kadar bingkai setinggi 1100Hz.

Paparan ini menggunakan panel Fast IPS yang boleh menawarkan kadar bingkai tinggi tersebut pada resolusi 720p (1280×720) dan setinggi 600Hz pada resolusi QHD (2560×1440). Jika anda bermain permainan-permainan kompetitif yang memerlukan kadar segar semula tinggi seperti Counter Strike, Valorant, DoTA 2, League of Legends dan sebagainya, anda akan mahukan paparan ini untuk pengalaman gaming yang sukar ditandingi paparan-paparan lain.

Untuk membantu pengguna menukar tetapan resolusi dan kadar segar semula dengan cepat dan mudah, Samsung Odyssey G6 ini tampil dengan ciri Dual Mode yang membolehkan pengguna menukar tetapan tersebut walaupun dalam permainan.

Odyssey Clear Motion pula ialah ciri yang mengurangkan kekaburan pergerakan, membolehkan pemain melihat aksi pantas dengan lebih jelas semasa detik-detik penting dalam permainan. Melalui algoritma pengurangan kekaburan, Odyssey G6 memastikan babak yang berubah dengan pantas kekal jelas dan tajam. Susulan pengenalannya pada Odyssey G6, Samsung merancang untuk membawakan Odyssey Clear Motion ke lebih banyak model monitor permainan.

Samsung mengatakan bahawa paparan skrin Odyssey G6 ini akan tiba di pelbagai pasaran kelak. Beberapa laporan mengatakan bahawa ia akan diperkenalkan di pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu pada penghujung bulan Disember apda harga $893.

Sumber: Samsung

Leave a Reply