KAJANG: Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di kepala dan badan di tepi Jalan Kuala Kelawang sebelum simpang ke Batu 14, Hulu Langat, di sini, pagi tadi.

Mayat lelaki berusia 20-an itu beralamat di Setapak, Kuala Lumpur itu ditemui orang awam kira-kira jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, berkata lelaki itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di lokasi kejadian.

“Semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes curi dalam bangunan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, tiada seberang senjata ditemui di lokasi kejadian.

“Kami turut menemui sebuah motosikal yang terletak berhampiran mayat mangsa dipercayai milik lelaki berkenaan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading