Kuala Lumpur – Mondelēz melancarkan perisa edisi terhad Cadbury Dairy Milk Durian eksklusif untuk pasaran Malaysia.
Pengurus Kategori Coklat Asia Tenggara, Mondelez International, Rahul Mathur berkata, pelancaran perisa baharu Cadbury Dairy Milk Durian adalah sinonim dengan budaya Malaysia yang menggemari raja buah itu.

“Pengenalan perisa baharu ini ialah rentetan kepada kejayaan kami memperkenalkan perisa tempatan yang pertama pada tahun lalu. Selain itu, Ia juga sebagai tanda penghargaan terhadap kehadiran kami yang terus kukuh di Malaysia.
“Kami menyasarkan untuk terus memberi kenikmatan kepada pengguna dengan perisa yang mereka boleh banggakan bersama,” katanya kepada Malaysianews TV selepas majlis pelancaran Cadbury Dairy Milk Durian di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Pada majlis sama, Cadbury buat tahun kedua berturut-turut telah berkolaboratif bersama kartunis ikonik Malaysia, Datuk Lat, yang mana ilustrasinya akan dipaparkan pada bungkusan produk terpilih Cadbury Dairy Milk.

Ilustrasi itu memaparkan ‘Lat, Budak Kampung’ di dalam tiga sinario berbeza iaitu masyarakat yang bekerja secara harmoni membina jambatan, perhimpunan menjamu durian serta Lat dan Epit bersama-sama menanam pokok durian.

“Lukisan ini tertumpu kepada tema semangat kebersamaan Malaysia untuk membantu antara satu sama lain di dalam persekitaran dusun,” katanya.
Katanya, Coklat Cadbury Dairy Milk Durian kini boleh diperoleh di pasar raya dan pasar raya besar utama di seluruh negara bermula sekarang sehingga 30 September depan.

Kotak hadiah edisi terhad memaparkan ilustrasi Datuk Lat boleh dibeli secara eksklusif di Shopee berharga RM42.90.
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.