MyFranchise adalah pemegang francais utama jenama GJC di Malaysia dan Brunei melalui anak syarikatnya, Wonderful Lifestyle Sdn Bhd.

Pengerusi MyFranchise, Datuk Md Zubir Ansori Yahaya berkata kumpulan itu yang membuka tujuh cawangan setakat tahun ini, mensasarkan untuk membuka lebih daripada 40 cawangan lagi menjelang 2023.
“Kami kini memberi tumpuan kepada pembangunan untuk menambah cawangan sedia ada secara aktif lokas serta mencari kawasan baru berdaya maju.
“GJC adalah antara sepuluh jenama kopi utama di dunia, di Malaysia, kita perlu mengukuhkan jenama dengan menyemarakkan pengembangan dalam usaha meningkatkan pembangunan dan populariti,” katanya kepada pemberita pada pembukaan outlet GJC ke-45 di Wangsa Walk Mall di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi PNS Datuk Dzulkifli Fadzilah.

Md Zubir berkata sejak Julai tahun ini, MyFranchise telah melancarkan strategi untuk mengguna pakai sistem operasi dan pemindahan untuk mempercepat pembukaan kedai dan memastikan kejayaan kedai-kedai baharu sebelum menawarkan mereka kepada francaisi yang berminat.
Dari segi lokasi yang berdaya maju, beliau berkata MyFranchise lebih suka “konsep kawasan menunggu” seperti bangunan pejabat dan hospital berbanding pusat membeli-belah kerana mereka merekodkan jualan yang lebih baik.
Sementara itu, Dzulkifli berkata budaya kopi meluas di negara ini dan ini perlu diperiksa secara kritikal memandangkan peluang perniagaan yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan.
Beliau berkata GJC menawarkan dua konsep francais, iaitu kedai serbaneka dan kiosk, katanya, sambil menambah bahawa PNS menyediakan skim pembiayaan sehingga 70 peratus untuk permulaan dan sehingga kini telah meluluskan pinjaman kepada 37 usahawan GJC.

Industri francais kini agak menyeluruh dalam segmen makanan dan minuman dan PNS juga berusaha untuk mempelbagaikan ke segmen lain seperti logistik dan sektor perkhidmatan lain, katanya.
