Sukan

SAM terima suntikan dana RM150,000 daripada KBS

KUALA LUMPUR – Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menerima suntikan dana sebanyak RM150,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Peruntukan itu diumumkan Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semasa berucap pada Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2019 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, pada Selasa.

Reezal Merican berkata daripada jumlah itu, RM50,000 diberikan dalam bentuk subsidi bagi membiayai sewa ruang pejabat SAM bagi tempoh dua tahun sehingga Disember 2022 manakala RM100,000 lagi merupakan bantuan kewangan.

“Bantuan kewangan sebanyak RM100,000 perlu dilunaskan sebelum berakhir bulan September ini.

“Saya berharap SAM akan mengorak langkah untuk terus melaungkan nama Malaysia kepada seluruh pelosok dunia menggunakan pelbagai medium komunikasi yang wujud pada masa ini,” katanya.

Beliau turut mencadangkan SAM menyumbang kepakaran dalam bidang pendigitalan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan agar dana pendigitalan sebanyak RM30,000 yang diperuntuk menerusi Bantuan Prihatin Sukan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: