Terkini

𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀 𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗺𝗮𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗶 ð—±ð—¶ð—±ð—²ð—¿ð—®

Batu Pahat – Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan di sebuah kem tentera di sini, pada 29 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

“Pada 6 September, polis dimaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia di Wad ICU hospital berkenaan pada 2.30 petang.

“Urusan bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan diteruskan daripada semua aspek untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Siasatan juga bagi mendapatkan kesahihan dakwaan anggota keluarga yang memaklumkan mangsa berkemungkinan dibuli dan didera ketika di dalam kem sebelum kejadian,” katanya.

Sementara itu, satu akaun Facebook (FB) dipercayai rakan anggota tentera itu mendakwa mangsa tidak hadir bertugas selama enam bulan dan diarah kembali melapor diri di kem pada 28 Ogos lalu.

“Sehari selepas itu kira-kira 3 pagi, mangsa dimasukkan ke HSNI dalam keadaan koma dan cedera parah akibat jatuh dari tingkat tiga bangunan kira-kira 12 tengah malam.

“Pada 6 September, kira-kira 2.30 petang kami menerima berita daripada ahli keluarga beliau, arwah pergi meninggalkan kami.

“Kami sebagai sahabat beliau dan keluarga, mengharapkan pihak berkuasa menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya tanpa kompromi dengan mana-mana pihak,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: