Hiburan

Jauh – Gandingan mantap Alan D, AxelJonas dan Somean K-Clique

Kuala Lumpur – Bak pepatah Melayu, ‘Jauh di mata, dekat di hati’. Walaupun terpisah jauh dengan orang yang tersayang, perasaan cinta terhadapnya tetap utuh.  Walaupun dibatasi jarak fizikal yang jauh beribu batu, kehadirannya masih terasa dekat. Mempunyai hubungan jiwa yang kuat sehinggakan jarak pun tidak mampu menjadi batu penghalang, itulah yang cuba digambarkan lagu berjudul ‘Jauh’, karya dendangan bintang rap Alan D, AxelJonas dan Somean K-Clique.

Lagu yang  berkonsepkan ‘urban music’ ini menggandingkan Alan D dan AxelJonas dari kumpulan Hip-Hop tempatan MassMusic bersama Somean K-Clique. Lagu yang menyajikan rentak dan bunyi segar ini, dihiasi dengan senikata yang mengangkat tema hubungan cinta jarak jauh. Mengulas tentang tema lagu ini, Alan D berkata,“Lagu ini mengambil inspirasi daripada krisis kesihatan yang melanda dunia sekarang,  ‘Jauh’ merupakan pengisytiharan cinta antara pasangan yang saling merindui, tetapi tidak boleh kembali ke pangkuan masing-masing kerana terhalang oleh sekatan perjalanan global.”

“Jarak jauh bukan penghalang untuk terus mengeratkan lagi hubungan cinta. Seperti maksud peribahasa Inggeris ‘Absense makes the heart grow fonder’. Apabila orang tersayang tidak berada di sisi kita, akan menimbulkan rasa rindu yang amat mendalam, sekaligus menyedarkan kita betapa kita kasih dan memerlukan kehadiran seseorang itu dalam hidup kita. Lagu ini bagi meraikan kecekalan pasangan diluar sana yang sedang terpisah jauh menanti waktu kembali bersama,” jelas AxelJonas pula.

Karya ciptaan bersama Alan D, AxelJonas, Somean K-Clique ini diterbitkan oleh Def Jam Malaysia dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar. “Jauh” sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music pada 28 OGOS 2020 lalu. Manakala video muzik rasmi lagu ini boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: