KUALA LUMPUR – Sebuah helikopter terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, pagi ini.

Pesawat berkenaan dilaporkan membawa empat individu, termasuk seorang wanita, didakwa bergesel atau bertembung dengan sebuah helikopter lain lalu terhempas.

Difahamkan, dua daripada mangsa tidak sedarkan diri, manakala dua lagi termasuk wanita berkenaan terselamat.

Nahas dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi, bagaimanapun maklumat sahih belum diperoleh.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Ya betul ada terima panggilan daripada orang awam.

“Saya tak boleh maklum apa lagi. Saya sedang menghala (lokasi kejadian),” katanya.

Menurut perkongsian pengguna Twitter, sebuah helikopter berwarna biru terhempas, manakala helikopter kedua berwarna merah mendarat dengan selamat berhampiran padang Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Taman Melawati.

Berita lanjut menyusul.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading