Terkini

Mangsa nahas helikopter terhempas dikenal pasti

Ampang – Polis sudah mengenal pasti identiti empat mangsa yang terbabit dalam kejadian kemalangan helikopter yang menyebabkan satu helikopter terhempas di Taman Melawati di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, mangsa yang maut adalah Mohamed Sabri Baharom, 56, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 44.

Menurutnya, dua lagi penumpang yang selamat dikenali sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 51.

“Polis kini sedang menyiasat kemungkinan ada penumpang lain yang terbabit dalam kejadian ini.

“Dua helikopter ini daripada syarikat yang sama dan dipercayai dalam penerbangan dari Subang menuju ke Genting Sempah,” katanya dalam sidang media di lokasi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan polis setakat ini memfokuskan kepada punca kematian.

Katanya, punca kemalangan membabitkan dua helikopter akan dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: