Terkini

35 kenderaan cuba ke Pantai Timur diarah berpatah balik

IPOH- Sebanyak 35 kenderaan yang dipercayai cuba ke Pantai Timur tanpa sebab munasabah melalui dua sekatan jalan raya di sempadan daerah dan negeri di Gerik diarah berpatah balik hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata arahan berkenaan dikeluarkan kepada mereka yang sampai ke sekatan jalan di Kilometer 89 Jalan Gerik-Kuala Kangsar dan KM9 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli setakat jam 4 petang tadi.

Beliau ketika dihubungi malam ini berkata, 27 daripada kenderaan itu diarah berpatah balik kerana mengemukakan surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang tidak berkaitan.

Selain itu katanya selaras dengan arahan Ketua Polis Negara berkaitan pergerakan menggunakan surat MITI yang tidak lagi dibenarkan bermula hari ini hingga Rabu depan, ada kenderaan yang diarah berpatah balik sebaik tiba di sekatan jalan berkenaan, kecuali mereka mengemukakan surat MITI yang berkaitan pengangkutan petrol dan makanan.

“Jumlah kenderaan di jalan raya ketika ini dilihat berkurangan sebanyak 30 peratus berbanding sebelum ini,” katanya.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: