Terkini

Dari guru kini pengusaha pasar basah, tawar 1000 ekor ayam percuma

Kuala Lumpur – Menyedari permintaan keperluan barangan basah yang meningkat pada masa kini, pembukaan premis jualan secara fizikal dan maya semakin mendapat perhatian.

Grocer Mat yang dimiliki oleh Fathiri Fadzlah Holdings Sdn Bhd menawarkan jualan barangan basah pada harga borong kini telah beroperasi secara rasmi.

Kredit foto: Izzul Iman

Pengasasnya, Dato’ Fathiri Fadzlah, 43, menjelaskan, idea memulakan perniagaan pasar basah ini adalah bagi membantu para pelanggan mendapatkan barangan basah pada harga yang berpatutan, berkualiti dan segar.

“Grocer Mat ini dirasmikan sebagai memberi lebih banyak pilihan kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan bekalan barangan basah pada harga borong.

“Kami menawarkan barangan basah yang segar terus dari Kuantan dan sayur-sayuran dari Cameron Highlands.

Kredit foto: Izzul Iman
Kredit foto: Izzul Iman

“Jika dilihat stok barang basah disini sampai dari pembekal pada waktu malam dan mula dijual pada waktu siang untuk memastikan kesegarannya kerana tidak melalui proses sejuk beku yang lama” jelasnya.

Kredit foto: Izzul Iman

Tambahnya, pembukaan Grocer Mat dalam waktu endemik ini adalah tepat sekaligus membantu masyarakat dan penduduk tempatan khusunya untuk berbelanja dengan bijak.

“Pemilihan Gombak sebagai lokasi kedai pertama dipilih kerana saya berasal disini dan InsyaAllah bagi cawangan kedua akan dibuka di Bangi” katanya.

Kredit foto: Izzul Iman

Bekas guru itu juga turut berhasrat membuka ruang perniagaan bagi membantu peniaga kecil dan sederhana yang ingin memasarkan produk mereka.

“Saya merancang untuk membuka ruang perniagaan bagi sesiapa sahaja peniaga yang ada produk sendiri untuk pasarkan disini.

“Kebiasaanya peniaga tiada saluran “distribution channel” untuk pemasaran produk, dan terpaksa mencari alternatif lain, jadi saya berhasrat akan buka satu ruang di tingkat atas”.

Kredit foto: Izzul Iman
Kredit foto: Izzul Iman

Pasar basah ini menawarkan lebih 150 jenis barangan basah seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga lebih murah dan ruang premis yang selesa.

Sempena pembukaan Grocer Mat pada 29 September 2021, sebanyak 1,000 ekor ayam segar akan diberikan secara percuma dengan pembelian minimum RM30. Kempen ini berlangsung sehingga 1 Oktober 2021. 

Bagi yang ingin mendapatkan pelbagai barangan segar, bolehlah mengunjungi Grocer Mat di alamat 57, Lorong Perusahaan Ringan Prima Sri Gombak, 68100 Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: