Terkini

RTBA: Sarawak berada pada landasan betul buka semula industri pelancongan

KUALA LUMPUR – Advokasi Jenama Runcit dan Dagang Malaysia (RTBA Malaysia), sebuah organisasi bukan kerajaan yang memberi advokasi berhubung keberkesanan undang-undang, kewangan dan polisi percukaian yang memberi kesan kepada jenama dan peruncit berpendapat bahawa Sarawak berada pada landasan yang betul dari segi pengurusan pandemik dalam negeri dan telah bersedia untuk membuka semula pelancongan domestiknya dalam masa terdekat.

Dato’ Fazli Nordin, Pengarah Urusan RTBA Malaysia memberitahu, “Pandemik Covid-19 telah memberikan kesan yang teruk kepada ekonomi serantau. Setiap negara terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran ekoran pandemik ini. Bagaimanapun, dengan kecekapan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan pemahaman penduduk Sarawak, negeri ini berupaya menghadapinya dengan baik berbanding beberapa negara dunia lain.

“Pembukaan sempadan Sarawak untuk individu yang telah lengkap dua dos vaksin membuktikan keberkesaan pendekatan yang digunakan Sarawak yang membawa kepada komitmen kepada pengurusan pandemik baik di peringkat negeri. 

“Sepanjang pandemik, sektor pelancongan Sarawak telah kekal bertahan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan barisan hadapan industri pelancongan mendapatkan dos vaksin yang lengkap dan bersedia untuk menerima pelancong. Semua usaha ini akan membantu negeri ini untuk mencapai imuniti kelompok seterusnya membawa Sarawak menjadi destinasi gelembung hijau perlancongan yang selamat.

Sehingga 23 September lepas, 64% dari keseluruhan populasi termasuk barisan hadapan industri telah menerima vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) menuju sasaran 100% imuniti kelompok. Sarawak juga merupakan negeri pertama yang melaksanakan vaksinasi kepada kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

“Ini meletakkan Sarawak jauh ke hadapan berbanding negeri lain. Selain itu, pelaksanaan aplikasi EnterSarawak iaitu permohonan dalam talian untuk memasuki Sarawak; sijil vaksinasi melalui MySejahtera dan keperluan mengisi eHealth Declaration Form (eHDF) sudah pasti akan menyuntik kembali keyakinan pelancong apabila industri pelancongan dibuka semula kelak.

“RTBA percaya bahawa Sarawak sudah bersedia untuk menjadi destinasi utama eko-pelancongan di rantau Asia didorong oleh terterlibatan komuniti memulihara warisan, budaya dan biodiversiti. Kita harus memanfaatkan peluang ini, kerana inisiatif yang dilaksanakan hari ini akan membentuk pelancongan esok,” kata Dato ‘Fazli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: