Politik Terkini

Shahidan tetap pertahan Arau

Kuala Lumpur – Penyandang kerusi Arau Shahidan Kassim yang digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) bakal menentang partinya sendiri selepas mengesahkan akan mempertahankan kerusinya, mengatakan akan mengumumkan parti yang akan diwakilinya dalam tempoh terdekat.

Pengumuman beliau untuk tetap bertanding dibuat beberapa jam selepas Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Shahidan digantikan oleh Rozabil Abd Rahman.

Bagaimanapun, Shahidan berkata beliau masih belum memutuskan parti yang akan diwakilinya namun memberi bayangan akan memilih parti yang menggerakan Muafakat Nasional.

“Saya calon boleh menang, saya akan bertanding. Saya tanya cawangan-cawangan dulu saya akan bertanding atas tiket apa.

“Saya akan memilih parti yang menggerak ke arah Muafakat Nasional. Setakat ini, belum ada perbincangan lagi, tapi mereka sudah maklum tentang apa yang berlaku terhadap saya,” katanya merujuk kepada pakatan antara PAS dan Umno, seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Penyandang kerusi selama Arau empat penggal itu terkenal lantang mengkritik Zahid dan pemimpin Umno yang bersekutu dengannya kerana menarik sokongan terhadap Muhyiddin mengakibatkan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) tumbang.

Selain Shahidan, veteran Umno lain termasuk Annuar Musa dan Zahidi Zainul Abidin turut tidak disenaraikan sebagai calon.

Dalam pada itu, PN yang dianggotai Bersatu dan PAS turut tidak mengumumkan calonnya semalam dan membiarkan kerusi Arau kosong.

Ditanya adakah beliau tidak bimbang dikenakan tindakan oleh Umno jika bertanding atas tiket parti lain dalam PRU15, Shahidan berkata, beliau tidak boleh dikenakan tindakan kerana bukan keluar daripada parti.

“Inilah perbuatan sumbang politik yang tidak patut berlaku. Dia wajar berhenti jadi presiden kerana memecah-belahkan perpaduan ummah.”

Berkecimpun lebih 30 tahun dalam politik, Shahidah menjadi ahli Parlimen Arau selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1986, 1990, 2013 dan 2018. 

Beliau turut berkhidmat sebagai menteri besar Perlis dari 1995 hingga 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: