KUALA LUMPUR – Kalau anda jenis yang suka membeli produk tempatan sambil menyokong usahawan kecil, mungkin sudah tiba masanya singgah ke RisSMart Grocer di Urban Eats@Kwasa Damansara.
Lebih daripada sekadar pasar raya, RisSMart Grocer membawa satu konsep yang cukup menarik setiap pembelian bukan sahaja memenuhi keperluan harian, malah secara tidak langsung membantu usahawan Bumiputera luar bandar mengembangkan perniagaan mereka.


Inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi RISDA dan syarikatnya, RISDA Agri Food Industries Sdn. Bhd. (RAFI), ini diwujudkan bagi membuka lebih banyak peluang kepada produk tempatan untuk berada di rak peruncitan moden.
Di sini, anda boleh menemui pelbagai pilihan produk daripada makanan segar, makanan sejuk beku hinggalah barangan keperluan harian.

Setakat ini, lebih 269 produk keluaran usahawan bimbingan RISDA sudah berada di pasaran dan jumlah itu dijangka terus bertambah.
Apa yang menarik, usahawan bukan sekadar diberikan ruang menjual produk. Mereka turut dibimbing dari A hingga Z, termasuk aspek penjenamaan, pembungkusan, pemasaran, penetapan harga dan pematuhan standard keselamatan makanan supaya produk mereka mampu bersaing dengan jenama-jenama besar.

RisSMart Grocer juga mengetengahkan konsep farm-to-market, di mana produk disalurkan terus daripada pengeluar kepada pengguna. Hasilnya, usahawan menikmati pulangan yang lebih baik, manakala pengguna pula boleh mendapatkan produk berkualiti pada harga yang lebih berpatutan.
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, konsep ini pastinya menjadi nilai tambah buat mereka yang mahu berjimat tanpa perlu berkompromi dari segi kualiti.





Kini, RAFI mengendalikan 17 outlet RisSMart24 dan tiga outlet RisSMart Butchery, sekali gus memperluaskan akses pengguna terhadap produk-produk komuniti luar bandar di lokasi yang lebih mudah dikunjungi.
Jom Meriahkan Bulan Kebangsaan di RisSMart 5KM Fun Run!
Kalau anda sedang mencari aktiviti hujung minggu yang best sempena sambutan Hari Kebangsaan, jangan lepaskan peluang menyertai RisSMart 5KM Fun Run yang bakal berlangsung pada 30 Ogos 2026 di RisSMart Grocer, Urban Eats@Kwasa Damansara.
Larian santai sejauh lima kilometer ini sesuai untuk semua, sama ada anda seorang runner tegar, baru nak mula aktif atau sekadar ingin meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.
Dengan yuran penyertaan RM35, peserta akan menerima baju larian eksklusif, pingat penamat edisi khas dan drawstring bag. Bagi yang mahukan pengalaman lebih eksklusif, kategori 5KM Team RisSMart berharga RM120 menawarkan pelbagai kejutan termasuk goodie bag istimewa dan hanya dibuka kepada 50 peserta terawal.

Bukan itu sahaja, suasana akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti zumba, konsert mini, pertandingan Bakat Bintang Cilik RisSMart, pertandingan mewarna, flash sale dan pelbagai aktiviti lain yang sesuai untuk seisi keluarga.
Jadi, kalau anda mahu menghabiskan hujung minggu Merdeka dengan cara yang lebih sihat, menyeronokkan dan penuh semangat komuniti, RisSMart 5KM Fun Run memang acara yang wajib masuk dalam kalendar anda. Sambil berlari, bolehlah singgah membeli-belah dan menyokong produk tempatan yang dihasilkan oleh usahawan desa. Itulah definisi sebenar gaya hidup sihat yang memberi manfaat kepada semua.

Tunjukkan gaya paling onz! Sama ada solo, geng atau bersama keluarga. Semua berpeluang untuk jadi yang paling standout!
Hadiah menarik menanti anda. Jangan sekadar lari, meriahkan dengan gaya unik dengan tema merdeka yang paling stylo!
Untuk mendaftar program larian ini, klik https://t2u.asia/e/51137
